[BULETIN] ARSENAL INTAI KELIBAT LIAM MOORE

Arsenal menyertai persaingan mendapatkan pertahanan muda berbakat, Liam Moore dari Leicester City. Pemain berusia 19 tahun itu turut menjadi sasaran beberapa kelab Liga Perdana Inggeris termasuk Tottenham, Everton, Aston Villa dan Manchester United. Namun, pemain kelahiran Loughborough, England lebih cenderung memilih Arsenal dan Manchester United untuk melebarkan kariernya.

Moore yang memiliki nama persis lagenda Arsenal, Liam Brady merupakan seorang pemain versetail yang turut cemerlang selaku bek kanan walaupun sering beraksi diposisi pertahanan tengah. Meskipun Arsenal memiliki beberapa pertahanan muda berbakat besar antaranya Ignasi Miquel dan Hector Bellerin yang beraksi dalam kejohanan NextGen Series namun kelibat Moore tetap menarik perhatian Arsenal.

Pemain muda berbakat England ini dilaporkan bersedia mengembangkan bakatnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan pernah beraksi dalam 3 perlawanan bersama skuad England B-17. Setelah menghabiskan tempoh pinjaman bersama Bradford City musim lalu, kini Liam Moore tampil dalam skuad utama Leicester City.

Skuad peninjau Arsenal dan United turut hadir menyaksikan penampilan Moore ketika membantu Leicester City menewaskan Blackpool 1-0 hujung minggu lalu. Pengurus Leicester, Nigel Pearson mengakui sukar untuk mengekalkan pemain muda berbakat itu dan bersedia menerima bidaan  untuk Liam Moore dianggarkan bernilai £5 juta.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.