[BULETIN] ARSENAL GAGAL BERSAING DALAM PASARAN PERPINDAHAN – PETER HILL-WOOD

Arsenal tidak mampu menandingi kekuatan kewangan kelab-kelab kaya Liga Perdana Inggeris akui Peter Hill-Wood. Pengerusi Arsenal itu mengakui kegagalan Arsenal mendapatkan pemain-pemain berkaliber semasa jendela perpindahan musim panas lalu. Arseal berjaya memperoleh dana hampir £50 juta hasil penjualan Robin van Persie, Alex Song dan beberapa pemain-pemain muda.

Meskipun berjaya mendapatkan Santi Cazorla, Lukas Podolski dan Olivier Giroud namun masih gagal dalam perlumbaan mendapatkan beberapa pemain termasuk Nuri Sahin, Yohan Cabaye dan Michael Essien.

“Arsenal mempunyai dana perbelanjaan namun ada batasnya. Kami tidak mungkin menghabiskan £50 juta untuk seorang pemain,” kata Hill-Wood kepada Evening Standard.

“Dalam peringkat tertentu, kami tidak mungkin bersaing. Saya rasa Stan Kroenke tidak mahu menghabiskan jumlah perbelanjaan yang besar seperti yang dilakukan oleh Roman Abramovich atau Sheikh Mansour di Chelsea dan Manchester City. Itu bukan caranya untuk menguruskan untuk menguruskan kelab.”

“Kami beruntung kerana Arsene Wenger sentiasa memahaminya.  Dia (Wenger) memiliki ijazah sarjana Ekonomi dari Universiti Strasbourg dan dia bukan orang yang tidak pandai mengurus. Dia tahu mengendalikan kelab dengan sebaiknya. Meskipun situasi sukar bagi orang lain, namun kelab harus bertahan. Kami tidak mahu muflis seperti yang telah berlaku kepada beberapa kelab lain.”

“Glasgow Rangers adalah contoh terbaik yang cuba kami hindari. Mereka banyak menghabiskan dana di luar batasan. Kami memiliki cita-cita besar tetapi tidak mahu berakhir seperti Rangers. Ini satu realiti. Nasihat saya, jangan bersedih soal ini.”

Hill-Wood kemudiannya mengkritik penyokong-penyokong yang mulai melancarkan tekanan kepada Arsene Wenger. Musim lalu, kumpulan penyokong-penyokong ini turut menyanyikan “You don’t know what you’re doing” semasa di dalam stadium.

“Celaan penyokong ini tidak mempengaruhi saya sedikit pun. Saya terganggu mendengarnya kerana bagi saya Arsene Wenger sudah melakukan sesuatu yang luar biasa. Dan sehingga kini dia masih luar biasa,” sambung Hill-Wood.

“Kami memiliki peluang terbaik untuk merebut gelaran juara liga musim ini. Saya tidak melihat alasan mengapa kami tidak boleh memenanginya.”

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply