[PERPINDAHAN] ALEX SONG TIDAK AKAN DIJUAL KE BARCELONA

Pengurus Arsenal, Arsène Wenger menegaskan bahawa Alex Song tidak akan dijual kepada Barcelona. Pengurus berbangsa Perancis itu menjelaskan bahawa Arsenal tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada kelab Catalan itu meskipun khabar angin bertiup kencang menyatakan pemain antarabangsa Cameroon itu bakal menyertai Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.

“Kami sama sekali tidak pernah menerima tawaran kontrak daripada sesiapapun dari Barcelona. Ketika ini, tiada sebarang perjanjian mengenai Song berlaku, ” kata Wenger kepada The Sun.

Menurut Wenger, situasi Alex Song sangat berbeza dengan situasi yang sedang dihadapi oleh Robin van Persie. Ini merupakan khabar aingin yang kebiasaan menjadi rencah media-media di Sepanyol.

“Song masih memiliki kontrak 3 tahun bersama Arsenal dan situasi sangat berbeza dengan Robin van Persie. Di Sepanyol, berita-berita tidak pernah benar-benar serius. Kami sudah mengalaminya.”

Sementara itu, Song mengakui bahawa Barcelona sememangnya menaruh minat terhadap dirinya. Namun, pemain tengah Arsenal itu menegaskan dirinya kini sangat gembira dengan kehidupan di London.

“Saya tidak pernah berbohong dengan mengatakan bahawa ada minat terhadap saya (dari Barcelona) namun akan tetapi ketika ini saya berada di Arsenal dan sangat gembira di sini. Barcelona merupakan pasukan terbaik dunia dan spekulasi ini akan berterusan sehingga jendela perpindahan ditutup,” kata pemain antarabangsa Cameroon berusia 25 tahun itu.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply