[PESPEKTIF] SAYA BOLEH LAKUKAN YANG LEBIH BAIK – AARON RAMSEY

Aaron Ramsey menegaskan bahawa dirinya belum mempamerkan prestasi terbaiknya setelah kariernya nyaris berakhir lantaran kecederaan yang serius. Pemain muda Arsenal berusia 21 tahun itu mengalami patah tulang kaki kanannya (tibia danĀ  fibula) akibat diterjah oleh pertahanan Stoke City, Ryan Shawros pada 27 Februari 2010 menyaksikan Ramsey terpaksa berehat hampir 10 bulan. Aaron Ramsey juga merupakan kapten skuad bola sepak Wales termuda dalam sejarah ketika berusia 20 tahun 90 hari.

Pemain tengah Arsenal ini turut menjadi nadi utama skuad bola sepak Great Britain dalam Sukan Olimpik London 2012 namun tersingkir di suku akhir setelah tewas kepada Korea Selatan dalam penentuan sepakan penalti.

Bekas pelatih akademi bola sepak Cardiff City akah berusaha untuk mengembalikan prestasinya dengan mengenepikan mimpi ngeri akibat kecederaan serius yang pernah dialaminya.

“Persembahan terbaik dari saya belum tiba lagi,” kata Aaron Ramsey kepada Daily Star.

“Saya sangat gembira dapat pulih dari kecederaan. Saya terpaksa berehat selama 10 bulan di mana saya berusaha untuk kembali pulih. Tetapi masih banyak yang perlu saya lakukan untuk pulih sepenuhnya.”

“Saya berusaha keras untuk belajar dan terus belajar hari demi hari untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang terbaik.”

Sementara itu, rakan sepelatihnya Jack Wilshere turut mengharungi igauan mimpi ngeri akbiat kecederaan dan Ramsey turut bersimpati kejadian yang menimpa rakan sepasukannya itu. Wilshere mengalami kecederaan buku lali yang serius semasa perlawanan pra-musim tahun lalu dan masih bergelut untuk mengembalikan kecergasan sebelum kembali beraksi dalam skuad utama Arsenal.

Namun, Ramsey menegaskan selagi rakan sepasukannya itu memiliki mental yang kuat, Wilshere bakal kembali beraksi bersama Arsenal dalam masa terdekat.

“Saya sudah melalui situasi ini,” kata pemain kelahiran Wales ini.

“Saya faham dia (Wilshere) bakal berjaya mengarunginya kerana dia memiliki mental yang kuat. Dan dia akan kembali beraksi bersama Arsenal, bermain dan terus bermain,” kata Ramsey lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply