[PERSPEKTIF] PENGALAMAN JELAJAH ASIA SANGAT HEBAT – WENGER

Arsène Wenger yakin Jelajah Arsenal Asia Tour 2012 yang dipersembahkan oleh Emirates memberikan pengalaman bermakna buat pemain-pemain Arsenal. Skuad Arsenal kembali ke London Isnin lalu setelah beraksi dalam 3 perlawanan persahabatan iaitu ketika menentang Malaysia XI, Manchester City dan Kitchee FC. Pengurus Arsenal itu mengakui masih banyak yang perlu dilakukan olehnya bagi mempersiapkan untuk menghadapi saingan liga yang bakal bermula dua minggu lagi.

“Jelajah ini sangat bagus buat kami kerana kami tidak akan melupakan pengalaman yang mencabar dari segi fizikal sepanjang perjalanan dalam cuaca yang panas,” kata Wenger kepada Arsenal Player baru-baru ini.

“Anda boleh melihatnya sepanjang kami beraksi dalam perlawanan. Tetapi ini merupakan satu pengalaman yang baik dalam segala aspek ; keakraban dan bertemu dengan peminat-peminat di luar negara. Dari segi fizikal, kami terpaksa berusaha keras.”

“Semua pemain berjuang bersungguh untuk mendapat kekuatan fizikal yang diperlukan. Terdapat perkara positif. Diaby pula beraksi dalam 3 perlawanan walaupun sekadar dalam separuh masa sahaja tetapi ia cukup baik. Kami juga bebas dari sebarang kecederaan sepanjang jelajah ini,” kata Arsène Wenger.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply