[PERSPEKTIF] KEJAYAAN ARSENAL KIAN HAMPIR – MARTIN KEOWN

Arsenal membina kepercayaan dan pengalaman yang diperlukan untuk menamatkan penantian kejuaraan menurut Martin Keown. Bekas pertahanan tengah Arsenal itu pernah menjulang 3 kejuaraan liga dibawah kendalian Arsene Wenger dan melakukan 449 penampilan sepanjang 3 dekad bersama Arsenal. Kini, Martin Keown yang bertindak selaku pemerhati dan pengulas bolas sepak mengakui Arsenal bakal menjulang kejuaraan utama musim ini berdasarkan petanda daripada prestasi Arsenal musim lepas.

Walau bagaimanapun, Keown mengingatkan bahawa Arsenal perlu memastikan semua perancangan berjalan lancar jika mahu menjulang kejuaraan seperti yang dilakukan oleh Manchester City.

“Untuk menjulang kejuaraan anda perlu berusaha bersama dalam semua perkara,” kata Martin Keown kepada arsenal.com sempena pembukaan ‘The Arsenal Brent Cross’.

“Anda perlu ada keinginan dan fokus untuk menang di mana sebagai pemain anda perlu berada di puncak prestasi pada masa yang sepatutnya. Ini berkaitan dengan kekuatan pasukan. Kita sentiasa bernasib baik kerana memiliki pemain yang cemerlang dan dikelilingi orang lebih daripada mencukupi. Jadi ia akan menyerlahkan kekuatan sebenar skuad anda dan samada anda percaya atau tidak, skuad ini boleh pergi lebih jauh.”

“Saya suka melihat kehadiran pemain berpengalaman seperti Mikel Arteta dalam pasukan. Cuma satu kehilangan besar musim lalu kecederaan Jack Wilshere yang akan kembali beraksi tidak lama lagi bakal membentuk gandingan yang mantap. Dan Mikel (Arteta) sememangnya pemain yang cukup cemerlang musim lalu.”

“Ia tidak semudah yang disangka. Anda boleh lihat bagaimana Manchester City berjaya memenuhi impian menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu ditambah pula dengan kejayaan merangkul Piala FA dua musim sebelumnya. Manchester United juga bakal menjadi penghalang begitu juga dengan Chelsea yang masih segar dengan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara Eropah.”

“Ia sangat sukar untuk memenagi kejuaraan tetapi Arsène Wenger seorang pengurus yang sangat kompetatif dan dia terdesak untuk melakukannya. Saya fikir dia (Wenger) semakin hampir dengan kejuaraan.”

“Bermula dengan buruk musim lalu, namun Arsenal berjaya bangkit sebelum Krismas dan menamatkan liga di kedudukan ketiga liga adalah satu pencapaian yang cemerlang. Jadi musim ini pemain harus membuktikannya.” kata Martin Keown lagi.

Sementara itu, Martin Keown menegaskan Arsenal memerlukan seorang pemain seperti Dennis Bergkamp di mana memiliki kesetiaan, keghairahan dan kecintaan dari hati terhadap kelab. Pemain kelahiran Belanda itu menjadikan corak permainan Arsenal menjadi menghiburkan sejak kehadirannya bersama Arsenal.

“Meskipun jika kehilangan Robin van Persie musim ini, Arsenal masih boleh kekal berdaya saing. Musim lalu, Arsenal kehilangan Cesc (Fabregas) dan Samir (Nasri) yang memberi kesan kepada prestasi Arsenal sehingga hampir berada di zon penyingkiran. Namun kini skuad ini memiliki kualiti dan mentaliti yang kuat.”

Martin Keown kini berkhidmat sebagai pemerhati dan pengulas bola sepak di beberapa stesyen tv termasuk BBC, ESPN, Al-Jazerra dan lain-lain lagi. Bekas pemain berusia 46 tahun itu menegaskan Arsenal perlu menandatangai sekurang-kurngnya seorang pemain berkelas dunia untuk melancarkan pergerakan pasukan.

“Arsenal sudah membiasakan diri dengan kehilangan pemain-pemain utama, tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti lagi.”

“Jika kita melihat kepada Dennis Bergkamp yang tiba di kelab ini, dan dia berjaya mengubah corak dan kualiti persembahan Arsenal. Sememangnya Arsenal memerlukan pemain bertaraf dunia sepertinya,” tambah Martin Keown lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply