[PERSPEKTIF] CAZORLA BAKAL MENJADI PEMBELIAN TERBAIK MUSIM INI – ARSENE WENGER

Santi Carzola bakal menjadi pembelian terbaik musim ini menurut pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Pemain antarabangsa Sepanyol ini menyertai Arsenal dari Malaga dua minggu lalu berjaya menampilkan aksi cemerlang semasa debut bersama Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu. Kehadiran Cazorla sememangnya memberi impak dalam mencorak gerakan-gerakan kreatif Arsenal.

Meskipun gagal membantu Arsenal mendapat 3 mata penuh, namun Arsene Wenger tetap positif dan memuji aksi pemain berusia 27 tahun itu.

“Dia (Cazorla) beraksid dengan baik sekali dan bakal menjadi pembelian terbaik musim ini,” kata Arsene Wenger.

“Dia memberikan segalanya sepanjang perlawanan. Dia bermain menerusi hantaran pendek dan hantaran jauh, di kiri dan kanan serta bekerja keras untuk mengawal bola dengan baik. Dia seorang pemain yang memiliki semangat junag dan kami positif mengenainya.”

“(Dia cepat menyesuaikan diri) Membuktikan kepada semua bahawa dia mampu melakukannya. Pemain yang hebat tidal memerlukan masa yang lama (untuk menesuaikan diri),” kata Wenger lagi.

Sementara itu, Cazorla telah dipilih selaku pemain terbaik perlawanan hujung minggu lalu ketika Arsenal seri 0-0 dengan Sunderland di Emirates Sabtu lalu.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply