[PERSPEKTIF] ARSENAL LEBIH KUAT MUSIM INI – WOJCIECH SZCZESNY

Wojciech Szczesny mengakui Arsenal kini memiliki ramuan untuk lebih cemerlang musim ini. Musim ini, pemain antarabangsa Poland itu bakal menyarung jersi no.1 Arsenal setelah cemerlang membantu Arsenal kembali dari permulaan buruk musim lalu untuk menduduki kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris. Szczesny merupakan antara barisan pemain-pemain muda Arsenal yang diserapkan ke dalam skuad utama Arsenal.

Keyakinan Szczesny itu turut didorong oleh langkah pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang telah berjaya mendapatkan dua penyerang baru, Lukas Podolski dan Olivier Giroud yang bakal memainkan peranan penting dalam skuad The Gunners musim ini meskipun Arsenal berdepan kemungkinan kehilangan kapten sensasi, Robin van Persie.

“Kelab ini mempunyai cita yang sama untuk memenangi kejuaraan,” kata Wojciech Szczesny.

“Kami benar-benar gagal melakukan tugas dengan baik dan ia mengecewakan pemain-pemain dan peminat tetapi saya percaya kami bakal tampil lebih kuat dan kompetatif berbanding tahun lalu.”

“Saya rasa kebanyakan pemain memiliki pengalaman yang cetekĀ  tetapi kini tidak lagi. Kehadiran dua pemain baru yang berpengalaman (Podolski dan Giroud) menambah sengat di bahagian serangan

Sementara itu, Wojciech Szczesny juga turut memuji dan mengalu-alukan kehadiran penolong pengurus yang baru, Steve Bould mengantikan Pat Rice. Pemain berusia 22 tahun itu pernah beraksi di bawah kendalian Steve Bould dalam skuad remaja Arsenal sebelum ini.

“Arsenal mempunyai kekuatan di bahagian serangan dan kehadiran Steve Bould bakal membantu membina barisan pertahanan yang lebih baik.”

“Steve (Bould) membentuk gandingan pertahanan yang baik semasa sesi latihan, berkerja bersama-sama dan mengelak dari kehilangan bola serta mengerakan barisan pertahanan melakukan lebih banyak hantaran. Segalanya berjalan dengan baik dan saya yakin ia bakal menjadikan Arsenal lebih mantap musim ini.”

“Saya rasa kami tidak akan melepaskan banyak gol seperti musim lalu. Musim lalu merupakan antara musim yang paling banyak Arsenal dibolosi dan ini menunjukan barisan pertahanan menghadipi masalah musim lalu,” tambah Szczesny lagi.

Pemergian Manuel Almunia ke Watford baru-baru ini menyaksikan penjaga gol antarabangsa Poland itu diberi pelunag menyarung jersi no.1 Arsenal musim ini. Musim lalu, Szczesny merupakan satu-satunya pemain Arsenal yang beraksi dalam semua perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris.

“Satu kelebihan besar apabila menyarung jersi kelab besar seperti Arsenal. Saya telah beraksi dalam satu musim penuh bersama musim lalu dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pengurus (Wenger).”

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik dan membuktikan kepada semua. Saya melihat persaingan musim baru sungguh mencabar di mana Lukasz (Fabianski) dan Vito (Mannone) bakal menjadi pesaingan saya dalam merebut posisi kedudukan penjaga gol no.1 Arsenal,” kata Szcsesny lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply