[PERSPEKTIF] ARSENAL KINI LEBIH BERSEDIA MENCABAR KEJUARAAN – WENGER

Arsène Wenger melaungkan amaran awal bahawa Arsenal kini bersedia untuk mencabar kejuaraan musim dengan melakukan persediaan yang rapi berbanding musim-musim sebelum ini. Arsenal berjaya mengukuhkan pasukan dengan mendapat tiga pemain berpengalaman, Lukas Podolski, Olivier Giroud dan Santi Cazorla yang diturunkan buat kali pertama ketika Arsenal menewaskan FC Cologne Ahad sempena jelajah pra-musim 2012.

Arsenal berjaya bangkit dari permulaan buruk musim lalu dengan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga dan Wenger yakin Arsenal kini lebih bersedia untuk bertarung merebut kejuaraan musim ini.

“Arsenal kini lebih kukuh musim ini berbeza dengan musim lalu di mana kami kehilangan Fabregas dan Nasri yang berhijrah meninggalkan Arsenal selain Wilshere dan Diaby yang mengalami kecederaan serius musim lalu,” kata Arsène Wenger kepada  Arsenal Player.

“Kami kehilangan 4 pemain utama pada awal musim dan ini tidak berlaku lagi pada musim ini.”

“Kami kini mahu mencabar kejuaraan dan kami mempunyai keinginan untuk itu. Kami kini lebih bersedia untuk melupakan kekecewaan musim lalu dan bersedia memberi persembahan yang terbaik musim ini. Musim lalu kami sudah melakukan yang terbaik dengan menduduki tempat ketiga.”

“Sasaran utama musim ini untuk melakukan yang terbaik dan memenangi setiap perlawanan untuk menduduki tangga teratas di penghujung musim nanti. Sudah tentu kami akan bertarung untuk merangkul kejuaraan musim ini,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply