[PERPINDAHAN] WALCOTT BERSEDIA TANDATANGANI KONTRAK BARU

Pemain antarabangsa England, Theo Walcott dijangka akan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal dan terus kekal di Emirates untuk beberapa tahun akan datang. Meskipun dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, Juventus dan Chelsea namun Walcott memilih untuk terus kekal di Emirates. Kontrak Walcott kini cuma berbaki 2 tahun dan rundingan mengenai kontrak baru sudah bermula sejak Januari lalu.

Theo Walcott menyertai Arsenal dari Southampton ketika berusia 17 tahun dengan bayaran perpindahan keseluruhan bernilai £9.1 juta dan Walcott telah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal pada 16 Mac 2006. Pemain sayap England ini terpaksa disisihkan pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Itali pertengahan minggu lalu kerana mengalami kecederaan paha dan akan terus berada di bangku simpanan pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Sunderlnad.

Walaupun pada awalnya Walcott dijangka akan akan mengikut jejak langkah kapten Arsenal, Robin van Persie untuk meninggalkan Emirates namun selepas perbincangan dengan Arsene Wenger, pemain berusia 23 tahun itu kini bersedia untuk meneruskan komitmennya bersama Arsenal.

Sementara itu, Alex Song pula dilaporkan semakin hampir meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai £15 juta. Pemain tengah Arsenal berusia 24 tahun hampir pasti tidak akan diturunkan pada aksi pembukaan menentang Sunderland malam ini.

“Keduanya mungkin berlaku,” kata Wenger ketika ditanya mengenai pemergian Song dan kehadiran Nuri Sahin sebagai pengantinya.

Alex Song menyertai Arsenal dari kelab Divisyen 2 Perancis, FC Bastia dengan yuran perpindahan bernilai £2.75 juta dan telah melakukan lebih 200 penampilan bersama The Gunners. Kontrak Song kini berbaki dua tahun lagi dan pengurusan Arsenal sudah memulakan rundingan untuk mengekalkan pemain antarabangsa Cameroon di Emirates.

Namun kini, Arsene Wenger bersedia melepaskan Song dengan kembalinya Abou Diaby dan Jack Wilshere yang akan memberi pilihan untuk mengisi posisi ‘denfensive midfielder’ selain pemain Real Madrid, Nuri Sahin yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply