[PERPINDAHAN] THEO WALCOTT AKAN KEKAL DI EMIRATES

Arsène Wenger mengesahkan pemain sayap, Theo Walcott akan kekal di Arsenal musim ini. Pemain antarabangsa England itu hangat dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates dengan Liverpool, Chelsea dan Juventus dilaporkan berminat mendapatkan tandatangan pemain berusia 23 tahun ini. Meskipun kontrak Walcott masih berbaki setahun lagi, namun Arsène Wenger telah memulakan rundingan untuk mengekalkannya di Arsenal.

“Situasinya mudah – dia akan kekal di sini dan beraksi bersama kami. Dia tidak akan meninggalkan kami musim panas ini,” kata Arsène Wenger.

“Kontrak masih tinggal setahun dan kami telah mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak lanjutan baru untuk tempoh satu masa yang panjang. Itu yang sedang kami lakukan.”

“Saya rasa Theo (Walcott) sangat menyayangi kelab ini. Ia jelas berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh media-media. Namun perbezaannya, kami berharap dalam menyelesaikan pada peringkat ini dengan menandatangani perjanjian,” kata Wenger lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply