[PERPINDAHAN] SONG MILIK BARCA, SAHIN HAMPIRI EMIRATES

Alex Song telah melengkapkan perpindahan dari Arsenal ke Barcelona dengan yuran perpindahan dianggarkan berjumlah £15 juta dengan menandatangani kontrak selama 5 tahun. Pemain tengah Arsenal mengikut jejak langkah beberapa bekas pemain utama Arsenal termasuk Cesc Fabregas, Thierry Henry, Marc Overmars, Emmanuel Petit, dan Alexander Hleb yang menyertai kelab Catalan itu. Song telah selesai melakukan pemeriksaan perubata dan sudah diumumkan secara rasmi selaku pemain Barcelona di Nou Camp semalam.

Musim lalu, pemain berusia 24 tahun itu yang beraksi di posisi tengah bertahan bersama Arsenal dengan menjaringkan satu gol serta menghasilkan 4 assist dalam 46 penampilan bersama The Gunners. Song menyertai Arsenal dari SC Bastia pada Jun 2006 dengan bayaran bernilai £1 juta setelah beraksi cemerlang sepanjang tempoh pinjaman semusim bersama Arsenal pada 2005/06.

Pemain antarabangsa Cameroon itu merupakan pemain utama yang beraksi dalam Piala Afrika pada 2008 dan 2010 dan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Song juga merupakan sebahagian skuad Cameroon yang beraksi di temasya Olimpik Beijing 2008. Sepanjang bersama Arsenal, Song berjaya membantu Arsenal muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah 2005/06 dan naib juara Piala Liga 2006/07 dan 2010/11.

Buat Alex Song, selamat maju jaya dan terima kasih atas sumbangan anda bersama Arsenal selama ini.

Sementara itu, Arsenal semakin hampir untuk menandatangani pemain tengah Real Madrid, Nuri Sahin bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alex Song. Meskipun berdepan dengan saingan dari Liverpool namun peluang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menjadi keutamaan Sahin untuk menyertai The Gunners.

Arsenal dilaporkan bersedia mendapatkan pemain antarabagsa Turki itu dengan bayaran £2 juta secara pinjaman.

Nuri Sahin menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada 9 Mei 2011 dengan yuran perpindahan bernilai €10 juta setelah mengharungi 11 tahun bersama kelab Jerman, Borrussia Dortmund. Namun, kelibat pemain berusia 23 tahun ini disisihkan oleh Jose Mourinho dari skuad utama The Galacticos sepanjang musim lalu menyaksikan Sahin terdesak menuju pintu keluar dari Santiago Bernabeu.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply