[PERPINDAHAN] ROBIN VAN PERSIE SAH MILIK MANCHESTER UNITED

Arsenal FC mengesahkan Robin van Persie telah melengkapkan perpindahan ke Manchester United dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £24 juta dengan kontrak selama 4 tahun. Penyerang Belanda itu mengharungi 8 musim bersama Arsenal sejak menyertai The Gunners dari kelab Eredivisie, Feyenoord pada Mei 2004 dengan melakukan 278 penampilan serta menjaringkan 132 serta berjaya menjulang satu kejuaraan Piala FA pada 2005.

Bekas kapten Arsenal ini menampilkan aksi cemerlang musim lalu dengan menjaringkan 30 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris sekaligus memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris 2011/12. Selain itu, penyerang berusia 29 tahun itu turut meraih anugerah Pemain Terbaik PFA dan Pemain Terbaik FWA bagi musim 2011/12.

Robin van Persie merupakan pemain utama skuad kebangsaan Belanda dengan mendapat 68 caps antarabangsa dan menjaringkan 29 gol sehingga kini. Kehilangan Robin van Persie pastinya dirasai oleh pihak pengurusan, rakan sepasukan dan peminat-peminat Arsenal.

Buat Robin van Persie, selamat maju jaya dan terima kasih atas sumbangan anda selama ini bersama The Gunners.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply