[PERPINDAHAN] ROBIN VAN PERSIE BAKAL KEKAL DI EMIRATES

Robin van Persie dijangka membuat keputusan untuk terus kekal bersama Arsenal setelah kagum dengan usaha kelab untuk mengukuhkan skuad bagi menghadapi saingan musim baru dengan menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol, Santi Carzola daripada Malaga semalam. Terdahulu, Arsenal berjaya mendapatkan dua pemain berstatus bintang, pemain antarabangsa Jerman, Lukas Podolski dan penyerang Perancis, Olivier Giroud.

Menurut Daily Star, pemain tengah kelahiran Sepanyol itu bersetuju menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £12.65 juta tatkala Malaga dibelenggu masalah kewangan kelab. Carzola dijangka menyertai sesi latihan Arsenal di Jerman minggu depan dalam persediaan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Cologne.

Kehadiran Carzola turut disertai Robin van Persie dalam sesi latihan di Jerman yang dilihat teruja dan optimis dengan perancangan Arsenal musim ini dengan membawa masuk beberapa nama besar. Penyerang antarabangsa Belanda itu masih menyayangi Arsenal meskipun beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Juventus, Man United dan Man City menunjukan minat untuk mendapatkannya.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply