[PERPINDAHAN] PARK CHU-YOUNG SERTAI CELTA VIGO

Penyerang Arsenal, Park Chu-Young menyertai Celta Vigo secara pinjaman selama semusim musim ini selepas gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal. Penyerang antarabangsa Korea Selatan itu hanya diturunkan sekali dalam sebelasan utama ketika Arsenal menewaskan Shrewsbury Town 3-1 pada pusingan ketiga Piala Carling 20 September tahun lalu dan berjaya menjaringkan 1 gol.

Penyerang berusia 27 tahun itu menyertai Arsenal pada 31 Ogos tahun lalu dari kelab Ligue 1 Perancis, AS Monaco terdesak untuk mengekalkan prestasinya terpaksa mencari jalan keluar dari Emirates. Park Chu-Young juga berjaya membantu Korea Selatan mara ke separuh akhir Sukan Olimpik London 2012 sebelum disingkirkan oleh Brazil.

Terdahulu, Park Chu-Young dibenarkan menangguhkan latihan ketenteraan setelah cemerlang membantu skuad Olimpik Korea Selatan memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 Ogos lalu.

Penjanjian turut melibatkan klausa yang membolehkan Celta Vigo menandatangani penyerang Arsenal itu secara tetap jika Park Chu-Young tidak mahu kembali beraksi di Stadium Emirates. Buat Park Ju-Young, selamat maju jaya.

Incoming search terms:

  • park chu young celta vigo
This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply