[PERPINDAHAN] OWEN COYLE MINATI AKSI BENIK AFOBE

Pengurus Bolton, Owen Coyle berminat untuk menandatangi penyerang muda Arsenal, Benik Afobe secara pinjaman musim ini. Pemain berusia 19 tahun itu turut diintai oleh satu lagi kelab Divisyen 1, Millwall dan Birmingham City yang mahu mendapatkan khidmat penyerang skuad England B-19. Prospek masa depan Arsenal itu cemerlang membantu Reading musim lalu sehingga berjaya dinaikan ke Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arsène Wenger dilihat sekali lagi bakal memberi kepercayaan kepada Owen Coyle dalam membantu pembangunan pemain muda Arsenal. Sementara itu, Owen Coyle berharap kehadiran Afobe bakal memberi impak yang baik kepada skuadnya seperti yang dilakukan oleh Jack Wilshere.

Sebelum ini, Benik Afobe pernah menghabis tempoh pinjaman bersama Huddersfield Town dan Reading untuk menimba pengalaman. Arsène Wenger bersedia untuk menyerap pemain muda ke dalam skuad utama sebelum menerima tawaran dari Bolton. Pemain yang memiliki ketinggian, kekuatan fizikal dan kerja keras menjadi aset utama Afobe selaku pengempur yang digeruni.

Afobe baru-baru ini berkata kepada Sky Sports : “Jika mendapat peluang untuk keluar sebagai pemain pinjaman samada 6 bulan atau satu musim penuh, saya akan menyambar peluang tersebut kerana pengalaman beraksi bersama Reading sangat berguna bagi saya.”

“Walau bagaimanapun, impian saya tetap satu mahu beraksi bersa skuad utama Arsenal,” kata Afobe lagi.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply