[PERPINDAHAN] KYLE BARTLEY BAKAL SERTAI SWANSEA CITY

Kyle Bartley semakin hampir meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea City. Pemain muda Arsenal berusia 21 tahun telah melengkapkan pemeriksaan kesihatan dan bakal berhijrah ke Stadium Liberty dengan menandatangani kontrak tetap. Bartley merupakan pemain beraksi di posisi pertahanan tengah dilihat sukar mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal.

Musim lalu, Bartley menghabiskan tempoh pinjaman bersama Rangers dengan melakukan 19 penampilan. Pemain pertahanan tengah ini juga pernah dipinjamkan pada 2010 hingga 2011 ke Sheffield United dan beraksi sebanyak 35 kali. Bartley bakal melengkapkan perpindahan dengan yuran perpindahan bernilai £1 juta untuk menyertai kelab yang berpangkalan di selatan Wales itu.

“Perjanjian bersama Swansea selesai. Sangat gembira. Satu keputusan yang sangat sukar untuk meninggalkan Arsenal tetapi saya rasa ini adalah keputusan yang tepat,” kata Bartley menerusi lama twitter nya.

“Swansea menawarkan saya peluang dan saya sangat teruja untuk memulakan karier disana. Saya sangat berterima kasih kepada Arsenal kerana memberi peluang kepada saya selama ini.”

“Peluang saya saya untuk beraksi (bersama Arsenal) tahun ini sangat terhad dan selaku seorang pemain muda yang bercita-cita besar, saya mahu beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.”

“Kini, saya berada di sini dan akan memberikan 1oo% komitmen untuk Swansea. Terima kasih kepada semua yang berada dibelakang saya. Satu episod baru bagi saya dan saya tidak tidah sabar (memulakannya) lagi, kata Bartley lagi.

Baru-baru ini, Bartley telah disenaraikan dalam skuad utama Arsenal dengan menyarung jersi no. 35 dan turut serta dalam siri jelajah Asia 2012 bersama Arsenal. Pemain kelahiran Stockport menyertai akademi Arsenal pada 21 Julai 2007 merupakan kapten skuad simpanan Arsenal dan tonggak utama yang menjulang kejuaraan Piala FA Remaja pada 2009.

Selamat berjuang dan selamat maju jaya buat Kyle Bartley bersama Swansea City.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply