[PERPINDAHAN] HENRI LANSBURY SERTAI NOTTINGHAM FOREST

Henri Lansbury telah melengkapkan perpindahan secara tetap ke Nottingham Forest dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £1 juta Selasa lalu. Pemain tengah berusia 21 tahun itu terdesak mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal dimana sering menghabiskan masa selaku pemain pinjaman. Lansbury menyertai Arsenal sejak berusia 8 tahun hanya melakukan 8 penampilan bersama skuad utama Arsenal.

Pemain kelahiran Enfield, London ini merupakan tonggak utama skuad England B-21 dan bekas kapten skuad England B-16  England B-19. Musim lalu, Lansbury melakukan 22 penampilan bersama West Ham United secara pinjaman dan berjaya membantu The Hammers kembali dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris musim ini. Lansbury turut berjaya membantu Norwich City kembali ke Liga Perdana Inggeris ketika menghabiskan tempoh pinjaman pada musim 2010/11. Pemain tengah Arsenal ini turut pernah dipinjamkan ke Scunthorpe United pada 2008/09 dan Watford pada 2009/10.

Meskipun berjaya menampilkan aksi yang cemerlang sepanjang tempoh pinjaman dan ketika beraksi bersama skuad remaja England namun Lansbury masih gagal memikat hati pengurus Arsene Wenger untuk diserapkan ke dalam skuad utama Arsenal. Henri Lansbury hanya beraksi 3 kali dalam Liga Perdana Inggeris dan 5 kali dalam Piala Liga di mana berjaya menjarikan gol pertama bersama skuad senior Arsenal ketika membantu kemenangan 4-1 Arsenal dalam saingan Piala Liga menentang Tottenham Hotspurs pada 21 September 2010.

Henri Lansbury menjadi pemain ketujuh yang ditandatangani oleh Nottingam namun terpaksa direhat selama dua minggu ekoran dihimpit masalah kecederaan dan dijangka diturun buat pertama kali oleh Nottingham Forest pada pertemuan menentang Birmingham City dalam saingan Liga Kejuaraan pada 15 September nanti.

Buat Henri Lansbury, terima kasih atas sumbangan anda dan selamat maju jaya.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply