[PERPINDAHAN] CAZORLA PEMBELIAN HEBAT ARSENAL – ALMUNIA

Manuel Almunia yakin Arsenal kini lebih bersedia untuk merampas tahta kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan menandatangani pemain tengah Malaga, Santi Cazorla. Bekas penjaga gol Arsenal itu melakukan 175 penampilan sejak menyertai Arsenal pada tahun 2004. Kini, Almunia menyertai kelab Divisyen 1, Watford dibawah kendalian bekas pemain Chelsea, Giofranco Zola Julai lalu.

Cazorla dilaporkan sudah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan menjalani latihan di London Colney di mana perjanjian kontraknya bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Tahun ini, semua pemain-pemain yang hebat datang menyertai Arsenal dan ini masa terbaik untuk Arsenal,” kata Almunia kepada Sunday Mirror.

“Mereka (Arsenal) menandatangani beberapa pemain yang bagus tahun ini, Santi Cazorla sememangnya pemain yang hebat,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

Sementara itu,  Arsenal dikhabarkan berminat untuk menandatangani pertahanan Ajax Armsterdam, Gregory van der Wiel dengan bayaran dianggarkan bernilai £7 juta. Pemain antarabangsa Belanda berusia 24 tahun itu terdesak menuju pintu keluar setelah tidak lagi menjadi pilihan utama di Ajax dengan kontrak bebrbaki setahun lagi. Chelsea dan Newcastle United turut berminat mendapatkan khidmat bek kanan Belanda ini.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply