[OLAHRAGA] USAIN BOLT KINI LAGENDA RAJA PECUT DUNIA

Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt memenuhi impiannya untuk menjadi ‘lagenda’ selepas menjadi atlet pertama mempertahankan 3 pingat emas dalam acara¬†100m, 200m dan 4x100m berganti-ganti di Sukan Olimpik London 2012. Pemegang rekod dunia acara 100m dan 200m ini turut memperbaharui rekod Olimpik bagi acara 100m apabila mencatat 9.62 saat dan rekod dunia bersama kuartet 4x100m Jamaica dengan 36.84 saat. The Lightning Bolt turut menyamai rekod pelari pecut AS, Carl Lewis yang menenangi pingat emas Olimpik 100m dua kali berturut-turut.

Atlet Jamaica berusia 25 tahun itu berjaya mengenepikan kritikan awal setelah tewas kepada rakan senegara, Yohan Blake semasa sesi saringan apabila berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9.63 saat sekaligus memperbaharui rekod Olimpik 9.69 saat miliknya ketika memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Beijing 2008. Catatan masa itu juga merupakan masa kedua terpantas hanya 0.05 saat di belakang rekod dunia yang turut dimiliki oleh Bolt semasa memenangai pingat emas Kejohanan Dunia di Berlin pada 16 Ogos 2009.

Kejayaan Bolt mengatasi rakan senegara, Yohan Blake di tempat kedua sementara juara 100m Olimpik Athens 2004, Justin Gatlin dari Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga telah disaksikan oleh 20 juta penonton di seluruh dunia. Usain Bolt turut berjaya mengikut jejak langkah pelari pecut Amerika Syarikat yang memenangi pingat emas Olimpik 100m dua kali berturut-turut pada Sukan Olimpik 1984 dan 1988.

Raja pecut dunia ini terus cemerlang mempertahankan pingat emas acara pecut 200m yang dimenanginya 4 tahun lalu dengan mencatatkan masa 19.32s. Meskipun gagal memperbaharui rekod dunia dan Olimpik miliknya, kejayaan Bolt itu sudah cukup untuk merangkul pingat emas keduanya di temasya Olimpik London 2012. Kejayaan ini terus menutup mulut pengkritik terhadap kemampuan untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

Jamaica berjaya menyapu bersih pingat dalam acara 200m apabila Yohan Blake memenangi perak sementara Warren Weir pula mendapat gangsa. Kuartet Jamaica terus menggegar pentas Olimpik pada hari terakhir temasya apabila memenangi pingat emas acara 4x100m berganti-ganti dengan dan memperbaharui rekod dunia dengan catatan 36.84s. Catatan masa itu 0.2s lebih pantas daripada rekod dunia yang dicipta mereka pada kejohanan dunia di Daegu, Korea Selatan tahun lalu.

Gandingan Usain Bolt bersama Yohan Blake, Nesta Carter dan Michael Frater berjaya mengenepikan cabaran kuartet Amerika Syarikat yang mencatatkan masa 37.04s manakala Trinidad and Tobago memenangi gangsa dengan catatan 38.12s. Kejayaan ini cukup manis buat Usian Bolt apabila mempertahankan 3 pingat emas yang dimenangi di Sukan Olimpik Beijing 2008.

“Bagi saya, ia sesuatu yang menakjubkan kerana kami mengakhiri saingan dengan cemerlang, ia sesuatu yang bermakna buat saya. Saya tahu, kami mampu melakukannya kerana kami sudah cukup bersedia. Kami memberikan tumpuan sepenuhnya,” kata Bolt selepas memenangi pingat emas 4x100m Ahad lalu.

“Tahun lalu kami melakukannya pada kejohanan dunia (di Daegu, Korea Selatan), tahun ini kami lakukannya sekali lagi. Bagi saya, ia sesuatu yang sukar untuk digambarkan,” kata Bolt.”

Bagaimanapun, Bolt mengakui dia mungkin tidak dapat mengulangi kejayaan di Beijing dan London pada temasya 2006 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Kalau usia saya sudah mencecah 30 tahun, pasti sukar untuk saya melakukannya lagi tetapi saya akan menikmati apa yang telah saya capai ketika ini.

“Saya berjaya melakukan apa yang saya rancang di sini (London), jadi ia sudah cukup untuk mengembirakan saya,” katanya.

Sementara itu, Bolt ingin terus beraksi dalam acara 100m, 200m dan 4x100m pada temasya di Rio de Janeiro 2016 tetapi mungkin tidak mampu untuk mempertahankan ketiga-tiga pingat emas itu. Setakat ini, Bolt sudah meraih tujuh gelaran juara daripada lapan acara individu yang disertainya sejak Sukan Olimpik 2008.

Keputusan Akhir Pecut 100m Sukan Olimpik London – 6 Ogos 2012

1-Usain Bolt, JAM (9.63s)
2-Yohan Blake, JAM (9.75s)
3-Justin Gatlin, USA (9.79s)
4-Tyson Gay, USA (9.80s)
5-Ryan Bailey, USA (9.88s)
6-Churandy Martina, BEL (9.94s)
7-Richard Thompson, TRI (9.98s)
8-Asafa Powell, JAM (11.99s)

Keputusan Akhir Pecut 200m Sukan Olimpik London – 10 Ogos 2012

1-Usain Bolt, JAM (19.32s)
2-Yohan Blake, JAM (19.44s)
3-Warren Weir, JAM (19.84)
4-Wallace Spearmon, USA (19.90s)
5-Churandy Martina, BEL (20.00s)
6-Christophe Lemaitre, FRA (20.19s)
7-Alex Quinonez, ECU (20.57s)
8-Anaso Jobodwana, RSA (20.69s)

Keputusan Akhir Pecut 4x100m Sukan Olimpik London – 12 Ogos 2012

1-Jamaica (36.84s)
2-Amerika Syarikat (37.01s)
3-Trinidad and Tobago (38.12s)
4-Perancis (38.12s)
5-Jepun (38.35s)
6-Belanda (38.39s)
7-Australia (38.43s)
8-Kanada (dibatalkan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • raja pecut dunia
  • rekod olahraga malaysia
  • pemegang rekod dunia olahraga
  • pemegang rekod dunia 100m
  • pelari pecut malaysia
  • rekod dunia usain bolt
  • ulasan artikel olahraga
  • senarai rekod dunia olahraga
  • biodata pelari pecut Jamaica Usain Bolt
  • Rekod dunia 100 meter
This entry was posted in Sukan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply