[LUMBA BASIKAL] AZIZULHASNI AWANG GAGAL MENYERLAH

Pelumba basikal trek Malaysia, Mohd Azizulhasni Awang gagal menghadirkan keceriaan buat kontigen Malaysia apabila sekadar menduduki tempat ke-6 dalam acara akhir keirin di Sukan Olimpik London 2012 malam Selasa lalu. Pelumba berusia 24 tahun itu disaingi hebat oleh lima pelumba handalan termasuk juara Olimpik dua kali dari Great Britain, Chris Hoy. Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu merupakan sandaran utama negara untuk merangkul pingat emas pertama di pentas Sukan Olimpik.

Azizulhasni memulakan perlumbaan dengan mengikuti lima pelumba yang lain itu di belakang sebelum memecut ke hadapan di pusingan kelima. Namun, ketika menuju 50m sebelum garisan penamat, Azizulhasni yang merupakan pemenang acara keirin di Piala Dunia buat tiga kali berturut-turut, dihalang pelumba Belanda, Teun Mulder, dan sekaligus membenarkan pelumba yang lain untuk memintas  The Rocketpocketman itu.

Pencapaian di tempat ke-6 sekadar memperbaiki pencapaian temapt ke-7 di Sukan Olimpik Beijing 2008. Sementara itu, Azizulhasni Awang jelas kecewa dengan persembahannya semalam setelah gagal meraih sebarang pingat buat kontijen Malaysia di Sukan Olimpik London 2012.

“Saya sudah mengerah seluruh tenaga yang ada tetapi gagal untuk berada dalam tiga kelompok di hadapan. Saya kecewa,” kata Azizulhasni Awang.

“Saya sudah memberikan yang terbaik tetapi gagal melaksanakan impian seluruh rakyat Malaysia. Perlumbaan semalam (Selasa lalu) memang sengit. Undian juga tidak memihak kepada saya. Saya berada di lorong kelima dan ia memang sukar untuk merebut kedudukan hadapan.”

“Pada tiga pusingan terakhir, saya sudah mula mengerah tenaga dan berjaya merebut kedudukan ketiga, namun pada pusingan terakhir, laluan saya sudah ditutup rapat oleh pelumba Belanda, lagi pun ketika itu saya sudah kehilangan tenaga selepas melakukan pecutan awal bagi merebut tempat di hadapan.”

“Saya tetap juga mencuba tetapi pada selekoh terakhir, saya sudah dikepung oleh pelumba Belanda dan ruang untuk saya melakukan asakan sudah tertutup rapat,” katanya semalam

Sementara itu, pengurus pasukan lumba basikal negara, Datuk Naim Mohammad berkata, Azizulhasni kurang bernasib baik pada perlumbaan akhir itu.

“Bila diundi untuk berada di lorong kelima, ia memang sukar untuk duduk di hadapan. Undian tersebut sudah 50 peratus kita akan kalah tetapi Azizulhasni tidak menyerah begitu mudah, kata Datuk Naim Mohamad yang juga merupakan Timbalan Presiden PKBM.

“Dia memang pelumba yang bijak dan tetap berusaha untuk mengambil tempat di hadapan. Dia telah membuat banyak kerja sejak daripada awal perlumbaan dan banyak tenaga sudah digunakan.

“Bila sudah sampai ke pusingan terakhir, dia tetap mencuba tetapi ruangnya untuk melakukan asakan sudah tertutup,” jelasnya lagi.

Datuk Naim Mohamad turut memuji usaha keras dan kesungguhan yang dipamerkan oleh Azizulhasni tidak mempunyai saiz fizikal yang besar, namun anak kelahiran Dungun itu adalah seorang pelumba yang mempunyai semangat yang hebat.

“Sebelum tiba di London, beliau telah mengalami beberapa kecederaan semasa bertanding dan latihan tetapi tetap bersemangat untuk bersaing di Sukan Olimpik ini. Kejayaan beliau di separuh akhir adalah sesuatu perkara yang boleh dibanggakan,” kata Datuk Naim lagi.

Sementara itu, skuad lumba basikal negara telah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pukul 5.25 petang semalam.

Incoming search terms:

  • azizulhasni awang
  • basikal azizul hasni awang
  • basikat lumba melaysi
  • basikal azizulhasni awang
  • basikal trek
This entry was posted in Lumba Basikal, Sukan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply