[LIGA MALAYSIA] UNDIAN PIALA MALAYSIA 2012

Negeri Sembilan dan Kelantan menghadapi laluan berbeza dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012. Undian tersebut diadakan di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur pada jam 6 petang semalam dihadiri oleh kapten pasukan, jurulatih dan pegawai Liga Malaysia. Jadual perlawanan Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada hari keempat Hari Raya Aidilfitri dijangka bermula pada 22 Ogos ini. Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan telah diundi dalam kumpulan maut bersama dengan Kedah, naib juara Piala Malaysia 2011 Terengganu dan juara Liga Perdana tahun ini, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Manakala juara Piala Malaysia tahun lepas, Negeri Sembilan pula telah diundi dalam Kumpulan C bersama dengan Perak, Felda United dan naib juara Piala FA 2012, Sime Darby FC.

Pasukan jemputan yang merupakan naib juara Liga Super, Lions XII dijangka mempunyai laluan mudah apabila diundi bersama dua pasukan dari Johor, Johor FA dan Johor FC serta Selangor PKNS. Sementara Kumpulan D pula menyaksikan Selangor yang kini dalam misi untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia yang ke-33 telah diundi dengan T-Team, Sarawak dan Pahang.

Pengurus Kelantan, Haji Azman turut mengakui bahawa Kelantan akan berhadapan cabaran sukar dalam Piala Malaysia setelah diundi dalam kumpulan maut memandangkan mereka juga akan beraksi dalam saingan Piala AFC menentang Al-Arbil pada bulan September ini.

Format 16 pasukan yang bersaing  dalam kempen Piala Malaysia musim ini akan menjadi yang terakhir apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan kesemua pasukan Liga Super dan Liga Perdana bertarung. Sistem itu akan digunakan mulai musim 2013 hingga 2016.

Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah, kejohanan 2012 bakal tinggal dalam lipatan sejarah kerana setiap  pasukan layak menyertainya.

“Selepas ini, format 16 pasukan seperti sekarang sudah tinggal kenangan. Mulai tahun hadapan, pertandingan Piala Malaysia disertai 24 pasukan hasil gabungan dua liga utama negara.

Pada masa sama, Afandi turut mengumumkan bahawa mulai musim depan tiada lagi  status pemain pinjaman akan dibenarkan seperti yang berlaku ketika ini.

“Status pemain pinjaman juga dimansuhkan mulai tahun hadapan bagi kempen Piala Malaysia. Ini kerana kesemua pasukan layak beraksi dan tidak memungkinkan mereka bermain bersama pasukan lain,” katanya lagi.

JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2012

Peringkat kumpulan (Pusingan Pertama)
22, 25 dan 28 Ogos 2012.

Peringkat Kumpulan (Pusingan Kedua)
1, 4, 14 September 2012

Suku akhir
28 September dan 5 Oktober 2012

Separuh akhir
8 dan 12 Oktober 2012

Perlawanan akhir
20 Oktober 2012

Incoming search terms:

  • piala malaysia 2012
This entry was posted in Liga Malaysia. Bookmark the permalink.

Leave a Reply