[KOMENTAR] 5 BINTANG BOLA SEPAK MUDA YANG MENYINAR DI OLIMPIK LONDON 2012

Tatkala tirai Sukan Olimpik London 2012 dilabuhkan dan skuad Mexico B-23 masih segar dengan kejayaan merangkul pingat emas acara bola sepak selepas mencipta kejutan menewaskan Brazil B-23. Di sebalik nama-nama besar seperti Juan Mata (Sepanyol), Neymar (Brazil), Oribe Peralta (Mexico), Leandro Damiao (Brazil), Aaron Ramsey (Great Britain), Oscar (Brazil), Tom Cleverley (Great Britain), Dong Ji-Won (Korea Selatan), Scott Sinclair (Great Britain) dan lain-lain lagi namun terdapat beberapa nama baru yang mencuri tumpuan di pentas Olimpik London 2012. Di sini disenaraikan 5 pemain baru yang berjaya menampilkan aksi yang cemerlang.

1-Milo, 21 – Pertahanan (Mesir)

Milo atau nama sebenarnya Eslam Ramadan merupakan seorang pemain pertahan muda berbakat yang beraksi bersama kelab Haras El-Hodood dalam Liga Perdana Mesir. Dia merupakan seorang pemain versetail yang boleh beraksi di posisi pertahanan tengah meskipun sering beraksi di posisi sayap kiri. Bakat pemain berusia 21 tahun berjaya mencuri perhatian Arsene Wenger yang memantau perkembangan pemain muda ini sejak 3 tahun yang lalu.

Milo turut diintai oleh beberapa kelab utama Eropah antaranya Lyon dan gergasi bola sepak Portugal, Benfica dan Sporting Lisbon ketika beraksi dalam Kejohanan Toulon di Perancis baru-baru ini. Meskipun gagal menjaringkan banyak gol dalam kejohanan ini, namun pertahanan kental ini berjaya mencuri perhatian kelab-kelab Eropah.

2-Gaston Ramirez, 21 – Pemain Tengah (Uruguay)

Di sebalik nama-nama besar dalam skuad Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani, pemain berusia 21 tahun ini berjaya mencuri perhatian peminat dan pemerhati bola sepak. Gaston Ramirez yang menyarung jersi no. 10 bersama Uruguay telah menjaringkan 8 gol dan menghasilkan 4 assist bersama Bologna musim lalu dalam saingan Serie A.

Pemain muda berbakat ini berjaya menarik perhatian beberapa kelab utama Eropah termasuk Liverpool dan Itali. Kelibat Ramirez di atas padang berjaya membantu skuad bola sepak Uruguay dalam temasya Olimpik London 2012. Pemain muda Uruguay ini bakal memuktamadkan perpindahan ke kelab baru selepas temasya berakhir.

3-Isco, 20 – Pemain Tengah (Sepanyol)

Isco atau nama sebenarnya Francisco Román Alarcón Suárez yang beraksi bersama Malaga dalam saingan La Liga tampil selaku antara bintang-bintng baru yang menyinar dalam temasya Olimpik di kota London ini. Musim lalu, Isco menjaringkan 5 gol dan menghasilkan 4 assist dalam 32 penampilan bersama kelabnya.

Pemain berusia 20 tahun ini memiliki sentuhan lembut dan corak permainan yang kreatif dengan mempamerkan persembahan mantap berjaya mencuri perhatian kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Selepas temasya Olimpik London 2012, Isco berkemungkinan bersar akan menyertai kelab gergasi Eropah.

4-Takashi Usami, 20 – Pemain Tengah (Jepun)

Pemain tengah kelahiran Jepun yang versetail ini bakal menjadi antara bintang utama dalam Bundesliga beberapa tahun lagi. Rakan sepasukan kepada bekas pemain Borussia Dortmund, Shinji Kagawa sudah beberapa musim beraksi bersama Bayern Munich secara pinjaman meskipun baru berusia 20 tahun.

Usami merupakan pemain pasukan Gamba Osaka bakal menyertai satu kelab Bundesliga, 1899 Hoffenheim secara pinjaman pada musim baru ini. Usami seringkali beraksi selaku pemain sayap atau penyerang kedua memliki kemampuan untuk memecah benteng pertahanan lawan melalui gerakan lincah dan kemahiran individu yang tinggi.

5-Zakaria Labyad, 19 – Pemain Tengah (Magribi)

Labyad yang beraksi di posisi sayap dan tengah ini beraksi bersama Sporting Lisbon selepas melengkapkan perpindahan dari PSV Eindhoven pada 2 Julai 2012 yang lalu. Musim lalu, Labyad muncul selaku antara pemain muda yang menyerlah dalam saingan Liga Belanda KNVB dengan menjaringkan 7 gol daripada 26 penampilan bersama PSV Eindhoven.

Pemain berusia 19 tahun ini muncul selaku antara bakat muda yang menyerlah dalam temasya kali ini dengan memiliki kelicahan dan bakat semulajadi untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Labyad bakal menjadi antara bintang utama bola sepak Eropah dalam masa beberapa tahun mendatang.

Sumber : www.bleacherreport.com

Incoming search terms:

  • pemain muda malaysia berbakat
  • pemain bola sepak muda di liga eropah
This entry was posted in Komentar. Bookmark the permalink.

Leave a Reply