[KECEDERAAN] 3 KECEDERAAN YANG MAMPU MENGUBAH KEPUTUSAN EPL 2011/12

Saingan Barclays Liga Perdana Inggeris berakhir dengan penuh dramatik apabila dua jaringan lewat Manchester City menerusi Edin Dzeko dan Sergio Aguero pada masa-masa kecederaan berjaya menghadiahkan tahta liga pertama buat The Citizen sejak 44 tahun lalu. Skuad Manchester City bimbingan Roberto Mancini mengalami kurang masalah kecederaan pemain berbanding lima pasukan teratas yang lain. Di sini disenaraikan 3 kecederaan pemain yang mungkin mengubah kedudukan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

NEMANJA VIDIC (MANCHESTER UNITED)

Kehilangan Nemanja Vidic jelas dirasai oleh Manchester United musim lalu. Pertahanan tengah Red Devil yang pernah menjulang 4 Kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 3 Piala Liga, 4 Perisai Komuniti, satu trofi Liga Juara-Juara Eropah dan satu Piala Kelab-Kelab Dunia FIFA bersama United. Pemain kelahiran Serbia itu mengalami kecederaan betis semasa perlawanan pembukaan menentang West Brom Albion dan terpaksa berehat beberapa minggu.

Vidic kembali mengalami kecederan mengalami kecederaan ketika menentang FC Basel dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah setelah terlepas aksi setempat menyaksikan United dimalukan oleh Manchester City 1-6 di Old Trafford. Kecederaan lutut yang dialami oleh Vidic menyaksikan pertahanan Serbia terpaksa berehat sehingga penghujung musim. Kehilangan Vidic jelas mengganggu prestasi United musim lalu apabila gagal menjulang sebarang piala selain tersingkir awal di peringkat kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

JACK WILSHERE (ARSENAL)

Pemain muda Arsenal ini yang dianugerahkan Pemain Muda Terbaik PFA Musim 2010/11 terpaksa diketepikan sepanjang musim lalu setelah mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan persahabatan pra-musim ketika menentang New York Red Bulls. Kecederaan menambah derita Arsenal turut kehilangan dua pemain tengah berpengaruh, Cesc Fabregas dan Samir Nasri pada jendela perpindahan musim panas tahun lalu.

Meskipun Arsenal memiliki ramai pemain tengah yang berbakat namun kehilangan Wilshere sememangnya dirasai. Pemain berusia 21 tahun itu sememangnya mempunyai bakat besar dan kualiti yang tersendiri. Musim ini, Arsenal terus kempunan untuk mendapatkan khidmat Jack Wilshere yang masih belum dari kecederaan buku lali dan dijangka kembali bersama The Gunners pada Oktober nanti.

DARREN BENT (ASTON VILLA)

Darren Bent merupakan produk akademi bola sepak Ipswich Town sebelum berhijrah ke Tottenham Hotspurs pada 29 Jun 2007 dengan yuran perpindahan £16.5 juta. Bent kemudiannya berhijrah ke Sunderland pada Julai 2009 dan berjaya menjadi pengempur utama The Black Cat yang kemudiannya menyertai Aston Villa pada 17 Januari 2011. Penyerang berusia 28 tahun berjaya menjaringkan 10 gol daripada 25 perlawanan sebelum mengalami kecederaan.

Terjahan keras Antolin Alcaraz ke atas Darren Bent semasa Aston Villa menentang Wigan Athletic pada 25 Februari 2012 menyaksi penyerang antarabangsa England itu terpaksa berehat panjang hingga ke penghujung musim sekaligus terlepas peluang beraksi dalam Kejohanan EURO 2012. Ketiadaan Bent menyaksikan Villa bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan menduduki tangga ke-16 hanya 2 mata di atas zon penyingkiran.

This entry was posted in Kecederaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply