[KECEDERAAN] 8 KECEDERAAN TERKINI PEMAIN ARSENAL

Tatkala tirai musim 2012/13 bakal disingkap hujung minggu ini, kem Arsenal menerima beberapa perkhabaran kurang gembira apabila 8 pemain terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan. Kecederaan ini turut menyaksikan beberapa pemain-pemain Arsenal terpaksa disisihkan dari aksi perlawanan persahabatan bersama skuad kebangsaan masing-masing. Di sini disenaraikan kecederaan terbaru yang melanda skuad Arsenal :

Mikel Arteta mengalami kecederaan ringan menyaksikan dia tidak diturunkan semasa Arsenal menewaskan Cologne Ahad lalu. Jenis kecederaan dan tarikh dijangka kembali belum dapat dipastikan lagi.

Laurent Koscielny disisihkan dari perlawanan persahabatan Perancis menentang Uruguay awal pagi nanti kerana mengalami kecederaan betis namun kecederaan itu tidak serius dan dijangka sempat pulih untuk perlawanan menentang Sunderland 18 Ogos ini.

Alex Oxlade-Chamberlain pula mengalami kecederaan buku lali tetapi tidak diketepikan untuk tempoh masa yang lama kerana kecederaan itu tidak serius. Pemain muda berbakat itu turut diketepikan daripada aksi skuad kebangsaan England menentang Itali.

Theo Walcott turut terlepas aksi menentang Itali awal pagi nanti bersama skuad kebangsaan England kerana mengalami kecederaan paha tetapi tidak serius dan dijangka bakal kembali beraksi pada 18 Ogos ini.

Bacary Sagna yang mengalami patah kaki semasa aksi menentang Norwich City 5 Mei lalu akan terus berehat untuk tiga minggu lagi sebelum sedia untuk diturunkan dalam skuad utama Arsenal.

Tomas Rosicky merupakan kapten skuad kebangsaan Republik Czech yang mengalami kecederaan otot betis semasa kejohanan EURO 2012 akan terus disisihkan dan dijangka kembali pada Oktober nanti.

Jack Wilshere kini akan terus direhatkan kerana masih menjalani proses pemulihan ekoran mengalami kecederaan serius menyaksikan pemain berusia 20 tahun ini terpaksa diketepikan sepanjang musim lalu. Wilshere dijangka kembali bersama skuad Arsenal pada Oktober ini.

Emmanuel Frimpong pula yang mengalami kecederaan lutut semasa dipinjamkan ke Wolves musim lalu dijangka kembali Oktober nanti. Pemain muda muda ini mengalami kecederaan ketika membantu Wolves menang 2-1 ke atas Queens Park Rangers pada 4 Februari lalu.

Sementara itu, Arsene Wenger dilaporkan bersedia menurunkan pemain baru Lukas Podolski dan Santi Cazorla untuk aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini. Namun, kecederaan ini tidak cukup serius dan Arsene Wenger bersedia menurunkan skuad terbaik bagi menghadapi perlawanan menentang Sunderland Sabtu ini.

This entry was posted in Kecederaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply