[INFO] 5 FAKTA UNIK TENTANG ARSENAL

Di sini disenaraikan 5 fakta unik mengenai Arsenal. Selamat membaca.

1. Gerrit Keyser, penjaga gol kelahiran Belanda merupakan pemain Arsenal pertama yang bukan berbangsa Inggeris telah melakukan debut pertama bersama Arsenal pada 30 Ogos 1930 di bawah kendalian pengurus lagenda, Herbert Chapman. Keyser merupakan pemain pertama yang digelar ‘The Flying Dutchman’ kerana sering terbang untuk berulang-alik dari London ke Armsterdam pada setiap minggu selepas beraksi bersama Arsenal pada hari Sabtu dan turun bermain pula bersama skuad simpanan Ajax Arsterdam pada keesokan harinya. (Ini merupakan asal-usul penggunaan gelaran ‘The Flying Dutchman’dalam bola sepak)

2. Dennis Bergkamp dan Ian Wright telah bertemu secara tidak sengaja dalam satu insiden pada 25 Mei 1995. Ketika itu Bergkamp baru tiba dari Belanda untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menandatangani kontrak bersama Arsenal. Dalam kejadian itu, Bergkamp telah memarahi Wright ekoran satu salah faham. Ini sebab mengapa Ian Wright seringkali akan memeluk Bergkamp dengan erat apabila meraikan gol yang dijaringkannya.

3. Herbert Chapman memperkenalkan penggunaan nombor apabila Arsenal pergi ke ibu pejabat Sheffield Wednesday pada 25 Ogos 1928. Walaupun sistem ini kemudiannya diharamkan FA Inggeris, Chapman terus mengaplikasikan sistem ini bersama skuad simpanan Arsenal. FA Inggeris akhirnya mengesahkan penggunaan jersi bilangan pemain pada tahun 1938. (Ini adalah asal-usul penciptaan bilangan pemain)

4. Arsenal merupakan satu-satunya kelab bola sepak yang namanya digunakan sebagai nama salah satu stesyen keretapi bawah tanah di England. Ini memberi kesan kepada pegawai-pegawai tempatan pada setiap hari Isnin dan akhirnya mengubah nama stesyen kepada Stesyen Arsenal Gillespie Road Tube.

5. Semasa era Herbert Chapman mengamalkan tradisi unik di Arsenal. Setiap perlawanan akan diletakan kalungan sangkar dengan warna pasukan lawan bagi mengalu-alukan kehadiran mereka di dalam bilik Lembaga Pengarah dan lobi bilik tetamu VIP di stadium.

Incoming search terms:

  • asal usul arsenal
  • arsenal subway
This entry was posted in Informasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply