[HOKI] PAUL REVINGTON KINI JURULATIH HOKI KEBANGSAAN

Jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Paul Revington telah diperkenalkan secara rasminya kepada media semalam selaku jurulatih skuad hoki negara yang baru oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) melaungkan keyakinan untuk merubah senario dan prestasi skuad hoki Malaysia. Bekas jurulatih skuad hoki kebangsaan Afrika Selatan dan Ireland itu kini bersedia untuk memulakan tugas bagi memulihkan kembali imej hoki negara.

“Setelah berada di ibu negara selama lebih dua minggu dan telah mendengar tentang perkembangan berita hoki di negara ini daripada individu yang sayangkan sukan ini, kini saya optimis akan membuat perubahan kepada skuad negara,” kata Revington kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, dia telah menandatangani kontrak bersama Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selama empat tahun dan senario hoki di negara ini adalah sama seperti di negara lain.

“Perkara utama yang mesti ditumpukan adalah sasaran untuk layak ke Sukan Olimpik serta Piala Dunia dan perkara itu akan menjadi keutamaan saya dan pembantu saya agar matlamat tersebut dicapai.

“Saya juga akan memantau Liga Hoki Malaysia yang akan bermula Sabtu ini (esok) untuk memilih 25 hingga 30 pemain selama untuk menjalani latihan singkat sebelum melepaskan pemain terbabit kepada pasukan negeri masing-masing bagi menghadapi saingan Piala Razak,” kata Revington.

Menurut Revington lagi, tugasan antarabangsa pertamanya adalah Cabaran Juara-Juara 1 pada 24 November hingga 2 Disember depan di Argentina. Oleh yang demikian, gandingan Revington dan penolongnya, Arul Selvaraj diharapkan mampu melakar sejarah lebih gemilang kepada sukan hoki di negara ini.

“Dalam pertandingan tersebut dia mahu semua pemain menetapkan sasaran untuk menjuarai kejohanan itu dan merubah kedudukan ranking dunia Malaysia kepada kedudukan yang lebih baik,” kata Revington.

Untuk rekod, skuad hoki negara pernah dibimbing oleh jurulatih asing seperti Terry Walsh (Australia) 1990-1993, Volker Knapp (Jerman) 1993-1998 dan Paul Lissek (Jerman) 2000-2003. Selepas tahun 2003, Malaysia menggunakan jurulatih tempatan iaitu Wallace Tan, Sarjit Singh, Tai Beng Hai dan Stephen van Huizen.

Sumber : www.kosmo.com.my

Incoming search terms:

  • paul revington
  • jurulatih hoki malaysia
  • paul revington wiki
  • jurulatih hoki
This entry was posted in Hoki and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply