[CORETAN] JEJAK KASIH – DIMANAKAH SKUAD ‘THE INVINCIBLES’?

Kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah pada musim 2003/04 merupakan antara pencapaian terbaik Arsenal sepanjang zaman. Skuad Arsenal yang memenangi kejuaraan ini digelar sebagai ‘The Invincibles’ ini sudah lama meninggalkan Arsenal setelah mencipta sejarah pada lapan tahun yang lalu. Lantaran itu, Arsenal4u.com menjejaki apa yang dilakukan oleh bekas pemain-pemain Arsenal itu kini.

JENS LEHMANN – BERSARA

Penjaga gol Jerman ini meninggalkan Arsenal pada 2008 dan kembali secara pinjaman selama 4 bulan musim lalu ekoran krisis kecederaan yang serius melanda kem Arsenal. Lehmann kini berusia 42 tahun mengumumkan persaraannya pada Mei 2011.

LAUREN – BERSARA

Setelah mengalami kecederaan serius pada 2006, pertahanan Cameroon ini melewati fasa akhir dalam karier bola sepaknya. Pada 2007, Lauren berhijrah ke Portsmouth selama 2 musim sebelum beraksi bersama kelab Sepanyol, Cordoba. Pemain berusia 34 tahun ini bersara pada penghujung tahun lalu.

SOL CAMPBELL – BERSARA

Pertahanan Inggeris ini merupakan tonggak utama di bahagian pertahanan ‘The Invincibles’ meninggalkan Arsenal pada 2006 untuk menyertai Portsmouth. Kemudiannya dia berhijrah ke Notts County sebelum kembali ke Arsenal secara pinjaman pada 2010. Pemain berusia 37 tahun ini menyertai Newcastle United selama semusim sebelum menjadi ejen bebas dan akhirnya mengumumkan persaraan pada 2 Mei 2012 lalu.

KOLO TOURE – MAN CITY

Toure menyertai Manchester City pada 2009 dengan yuran perpindahan bernilai £16 juta sedang menjalani pengantungan enam bulan setelah gagal ujian dadah. Pertahanan Ivory Coast berusia 31 tahun ini masih terus beraksi bersama ‘The Citizen’.

ASHLEY COLE – CHELSEA

Bek kiri England ini berpindah ke Chelsea pada musim panas 2006 apabila menerima tawaran lumayan selepas Arsenal tidak mahu menaikkan gajinya. Cole kini berusia 31 tahun berjaya menjulang satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (2009/10), Piala FA (2009,2010), Piala Liga (2007) dan Perisai Komuniti (2009) sepanjang kariernya bersama Chelsea.

FREDDIE LJUNGBERG – AGEN BEBAS

Ljungberg telah menjaringkan 72 gol sepanjang lapan tahun bersama Arsenal. Pada 2007, dia berhijrah ke West Ham United dengan yuran perpindahan £3 juta namun bergelut untuk memulih kecergasan ekoran masalah kecederaan. Pemain tengah Sweeden berusia 34 tahun ini kemudiannya menyertai kelab MLS, Seatle Sounders selama 2 musim pada 2009 dan 2010 sebelum berhijrah ke Chicago Fire pada 2011 dan kini menjadi agen bebas selepas meninggalkan kelab J-League, Shimizu S-Pulse pada 14 Februari 2012 .

PATRICK VIEIRA – EKSEKUTIF PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MAN CITY

Bekas kapten sensasi Arsenal ini menyertai Juventus pada 2005 dengan yuran perpindahan bernilai £13.7 juta sebelum menyertai Inter Milan pada musim berikutnya selama tiga musim dengan memenangi tiga kejuaraan Seria A (2007/08,2008/09,2009/10) dan Piala Super Itali (2008). Pemain tengah Perancis itu menyertai Man City pada Januari 2010 dan bersara pada Jun tahun lalu. Namun Vieira yang berusia 35 tahun kemudiannya dilantik selaku Eksekutif Pembangunan Bola Sepak di Manchester City.

GILBERTO SILVA –GREMIO

Pemain tengah kelahiran Brazil berkaki kidal ini meninggalkan Arsenal pada 2008 dan menyertai kelab Greece, Panathinaikos selama 4 musim dengan melalukan 110 penampilan. Gilberto kemudiannya kembali ke Brazil pada 2011 untuk beraksi bersama Gremio sehingga kini meskipun sudah berusia 35 tahun.

ROBERT PIRES – EJEN BEBAS

Pires menghabiskan empat musim bersama kelab La Liga, Villareal selepas meninggalkan Arsenal pada 2006 dan kemudiannya menyertai Aston Villa pada musim 2010/11. Pemain tengah Perancis berusia 38 tahun ini kian dimamah usia dan berada di penghujung kariernya.

DENNIS BERGKAMP – PENOLONG PENGURUS AJAX ARMSTERDAM

Penyerang Belanda ini yang mengumumkan persaraannya pada musim panas 2006 dan kembali ke arena bola sepak pada 2008 selaku jurulatih latihan di Ajax. Kini, Dennis Bergkamp,42, telah dilantik selaku penolong pengurus kepada pengurus Ajax Armsterdam, Frank De Boer.

THIERRY HENRY – NEW YORK RED BULLS

Thierry-Henry-vs-Montreal+ImpactPenjaring terbanyak Arsenal sepanjang zaman ini meninggalkan ‘The Gunners’ pada Jun 2007 untuk menyertai Barcelona dengan menjulang dua kejuaraan La Liga (2008/09,2009/10), satu trofi Copa Del Rey (2009), satu trofi Liga Juara-Juara Eropah (2009), satu trofi Piala Super Sepanyol (2009), satu Piala Super Eropah (2009) dan satu kejuaraan Piala Kelab-Kelab Dunia FIFA (2009). Penyerang Perancis berusia 34 tahun ini kemudiannya menyertai New York Red Bulls pada Jun 2010 sehingga kini dan kembali ke Emirates secara pinjaman pada Januari lalu dengan menjaringkan 3 gol dari 7 penampilan sebelum pulang semula ke New York pada 17 Februari 2012.

GAEL CLICHY – MAN CITY
Setelah mengharung tujuh musim bersama Arsenal, bek kiri Perancis berusia 26 tahun ini menyertai Man City pada 4 Jun 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £7 juta dan berjaya menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2011/12 dan Perisai Komuniti 2012 bersama ‘The Citizen’.

EDU GASPAR – BERSARA

Pemain tengah Brazil ini menyertai Valencia pada Mei 2005 dan berjaya menjulang Copa Del Rey pada 2008 sebelum kembali ke Brazil untuk menyertai bekas kelab lamanya, Corinthians pada 26 Ogos 2009. Kini, bekas pemain tengah Arsenal berusia 33 tahun telah mengumumkan pada musim panas 2011.

RAY PARLOUR – BERSARA

Bekas pemain tengah England ini meninggalkan Arsenal pada 2003/04 dan menyertai Middlesbrough selama tiga musim sebelum beraksi bersama Hull City pada 2007. Kemudiannya, pemain berusia 39 tahun ini telah mengumumkan persaraannya pada Jun 2007 setelah berjaya membantu Hull terselamat dari penyingkiran.

PASCAL CYGAN – BERSARA

Pemain pertahanan tengah kelahiran Perancis ini meninggalkan Arsenal pada musim panas 2006 untuk menyertai kelab Sepanyol, Villareal sebelum menyertai Cartagena pada 2009 sehingga 2011 sebelum mengumumkan persaraan dari selaku pemain bola sepak.

SYLVAIN WILTORD – BERSARA

Penyerang Perancis ini telah menyertai Lyon pada musim panas 2004 dan berjaya menjulang tiga kejuaraan Ligue 1 Perancis yang kemudiannya berpindah ke Rennes selama dua musim pada 2007 hingga 2009 sebelum menyertai Marseille pada 2009 dan Metz pada 2010. Wiltord, 37, kembali dari persaraannya untuk beraksi bersama Nantes pada 2011/12 sebelum mengumumkan persaraannya 11 Jun 2012 lalu.

JOSE ANTONIO REYES – SERVILLA

Reyes menyertai Arsenal pada Januari 2004 melalui separuh musim ‘The Invincibles’ sebelum dipinjamkan ke Real Madrid pada musim panas 2006. Penyerang kelahiran Sepanyol itu kemudian menyertai Atletico Madrid pada 29 Julai 2007 dan berjaya menjulang Piala Europa UEFA dan Piala Super Sepanyol pada 2010. Pemain berusia 28 tahun menyertai Servilla pada 5 Januari 2012 dengan kontrak tetap 3 tahun.

MARTIN KEOWN – BERSARA/PENGULAS BOLA SEPAK

Bekas pertahanan England ini menyertai Leicester City pada Januari 2004 selama enam bulan sebelum berhijrah ke Reading pada musim panas 2004. Martin Keown, 45, kini menjadi sebahagian daripada pengulas bola sepak di BBC setelah mengumumkan persaraannya pada penghujung musim 2005.

NWANKWO KANU – EJEN BEBAS

Kanu meninggalkan Arsenal sebaik sahaja musim ‘The Invincibles’ berakhir untuk menyertai West Brom selama dua musim. Penyerang antarabangsa Nigeria ini kemudiannya menyertai Portsmouth pada musim panas 2006 dan berjaya membantu ‘Pompey’ menjulang kejuaraan Piala FA pada 2008. Meskipun telah bersara dari mewakili negaranya, namun pemain berusia 35 tahun terus beraksi bersama Portsmouth sehingga hujung musim lalu sebelum mungumumkan untuk meninggalkan Portsmouth pada 30 Julai lalu.

JEREMIE ALIADIERE – LORIENT

Aliadiere mengharungi musim yang tidak mengembirakan sepanjang kariernya bersama Arsenal lantaran sering dipinjamkan dan meninggalkan ‘The Gunners’ untuk menyertai Middlesbrough pada Mei 2010. Namun penyerang kelahiran Perancis berusia 29 tahun itu menjalani latihan bersama Arsenal pada 2011 dan telah menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama kelab Ligue 1, Lorient pada 1 November 2011.

DAVID BENTLEY – TOTTENHAM HOTSPURS

Pemain kelahiran England ini suatu ketika dahulu pernah digambarkan sebagai ‘Bergkamp Baru’ namun gagal beraksi baik selaku pemain sayap. Bentley kemudiannya menyertai Blackburn pada January 2006 sebelum berhijrah ke Tottenham Hotspurs enam bulan kemudiannya dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta. Pemain kelahiran England berusia 27 tahun itu, kini dipinjamkan ke Birmingham dan West Ham United dan diletakkan dalam senarai perpindahan Spurs.

This entry was posted in Coretan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply