[CORETAN] 3 KUNCI UNTUK KEJAYAAN ARSENAL MUSIM INI

Arsenal bakal memulakan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan menanti kunjungan Sunderland di Emirates musim ini. Musim lalu, Arsenal melalui permulaan musim yang buruk sejak 64 tahun lalu termasuk kekalahan 2-8 kepada Manchester United di Old Trafford ekoran pemergian kapten pasukan, Cesc Fabregas dan juga Samir Nasri. Musim ini sekali lagi menyaksikan kapten pasukan Arsenal, Robin van Persie bakal meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester United.

Skuad bimbingan Arsene Wenger terus dihimpit tekanan ekoran mengharungi 7 musim tanpa piala. Namun, Arsenal kini dalam fasa terakhir mempersiapkan pasukan bagi mengharungi saingan liga yang pastinya lebih mencabar. The Gunners perlu menampilkan aksi persis sang juara untuk menjulang trofi kejuaraan musim ini. Di sini disenaraikan 3 kunci yang bakal menentukan kejayaan Arsenal musim ini.

1-Kuasa Wang

Musim ini Arsenal dilihat lebih aktif dalam pasaran perpindahan pemain dengan menandatangani 3 permain berkelas dunia setakat ini iaitu Lukas Podolski, Olivier Giroud dan Santi Cazorla bagi mengukuhkan pasukan. Namun, Arsenal masih gagal untuk mempertahankan kapten pasukan yang juga penyerang utama Arsenal, Robin van Persie yang bakal menyertai Manchester United dengan bayaran perpindahan bernilai £24 juta.

Situasi Alex Song dan Theo Walcott juga mencetus kegusaran di hati penyokong-penyokong Arsenal apabila dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Emirates. Arsene Wenger dan lembaga pengarah perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk mengekalkan pemain-pemain utama ini atau mendapatkan penganti yang berkualiti bagi mengelakan insiden awal musim lalu berulang lagi

Namun, musim 2012/13 Arsenal tampil berbeza. Kehadiran Lukas Podolski, Olivier Giroud dan Santi Cazorla adalah langkah awal Arsenal untuk mengimbangi situasi kelab yang dilanda badai perpindahan pemain-pemain utama. Adunan pemain lama dan baru bakal membentuk sebuah skuad yang mantap bagi mengaharungi saingan musim baru. Pembelian Arsene Wenger belum berakhir kerana Arsenal perlu mendapatkan beberapa pemain lagi bagi melengkapkan skuad yang sedia ada.

2-Kesetiaan atau Kepuasan Hati

Bekas kapten Arsenal yang kini menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mencadangkan supaya penyokong-penyokong memberi tekanan yang positif kepada pemain-pemain Arsenal supaya para pemain tidak merasa terbeban ketika berada di atas padang.

Semestinya kesetiaan kepada pasukan itu penting. Musim lalu, Arsenal dilihat tampil serba kekurangan berbanding pencabar-pencabar lain dalam Liga Perdana Inggeris. Kadang-kadang Arsenal  beraksi seolah-olah kekurangan watak, kepimpinan, semangat juang dan pengalaman untuk bersaing dan terus bersaing.

Pemain-pemain Arsenal dilihat tidak mentaliti kemenangan yang hilang sejak perpindahan dari Highbury ke Emirates. Gabungan ini bakal membangkitkan rasa keinginan dan kemahuan untuk menjulang kejuaraan. Kemampuan pemain-pemain bakal mencorak prestasi Arsenal dan situasi 2012/13 pastinya berbeza di mana Arsenal pasti akan bangkit mencabar kejuaraan.

3-Steve Bould

Kehadiran Steve Bould yang dilantik mengantikan Pat Rice yang bersara penghujung musim lalu merupakan satu kelebihan buat Arsenal. Bould merupakan bekas pengurus skuad remaja Arsenal yang pernah menjulang kejuaraan bersama pemain-pemain remaja Arsenal. Selain itu, Steve Bould juga merupakan tonggak pertahanan Arsenal yang pernah beraksi dari 1980 hingga 2000.

Lantaran itu, pelantikan Bould adalah tepat pada masanya kerana barisan pertahanan khususnya dahagakan ilmu dan pengalaman dari seorang jurulatih yang memiliki pengalaman yang luas selaku pemain dan pengurus Arsenal. Tugasan utama Steve Bould pastinya mencari ramuan membentuk gandingan mantap di barisan pertahanan yang dilihat agak rapuh dan mudah dibolosi beberapa musim kebelakangan ini.

This entry was posted in Coretan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply