[BULETIN] UNDIAN PUSINGAN KE-3 PIALA CAPITAL ONE

Arsenal menghadapi laluan mudah apabila diundi dengan kelab Divisyen 1, Coventry City pada pusingan ketiga Piala Capital One yang bakal berlangsung pada 24 September ini di laman sendiri. Juara bertahan, Liverpool pula bakal bertandang ke West Brom dalam usaha untuk mempertahan kejuaraan yang dimenangi musim lalu. Sementara itu, juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City bakal menanti kunjungan Aston Villa di Eastland manakala Newcastle United pula diundi bertemu dengan Manchester United di Old Trafford.

Piala Liga ini sebelum ini dikenali dengan nama Piala Carling namun namanya diubah selepas menerima penajaan dari penaja baru, Bank Capital One.

Senarai Penuh Undian Pusingan Ketiga Piala Capital One

Manchester United vs Newcastle
Manchester City vs Aston Villa
MK Dons vs Sunderland
West Brom vs Liverpool
Crawley Town vs Swansea City
Queens Park Rangers vs Reading
Norwich City vs Doncaster Rovers
Bradford City vs Burton Albion
Preston North End vs Middlesbrough
Arsenal vs Coventry City
Southampton vs Sheffield Wednesday
Chelsea vs Wolves
Carlisle vs Tottenham Hotspur
Swindon Town vs Burnley
West Ham United vs Wigan Athletic
Leeds United vs Everton

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply