[BULETIN] UNDIAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH 2012/13

Arsenal diundi berada dalam kumpulan B bersama wakil Jerman, Schalke 04 dan juara Liga Perancis, Montpellier serta juara Liga Greece, Olympiakos. Undian yang berlangsung di Grimaldi Forum, Monaco bermula pukul 11.45 malam semalam (waktu Malaysia). Terdahulu, Arsenal diletakkan dalam pot 1 bersama pasukan pilihan yang lain termasuk Real Madrid, Man United, Barcelona, AC Milan, Bayern Munich, Porto dan juara bertahan Chelsea.

Saingan kumpulan B dilihat seimbang namun Arsenal dilihat tidak menghadapi masalah untuk menempat diri dalam kelompok 16 pasukan terbaik dengan saingan bakal bermula 18 Sepetember ini dengan Arsenal bakal bertandang ke Stade de la Mosson untuk menentang Montpellier. Meskipun gagal meraih kemenangan dalam 2 perlawanan Liga Perdana Inggeris, namun Arsene Wenger kekal optimis dan yakin dengan kemampuan pasukannya.

Arsenal bakal kehilangan Arsene Wenger yang akan berada di tempat duduk penonton pada 3 perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah musim ini ekoran menerima hukuman pengantungan 3 perlawanan oleh UEFA  setelah didapati bersalah mengkritik keputusan pengadil selepas Arsenal tersingkir pada pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Senarai lengkap kelab yang bakal beraksi dalam saingan peringkat kumpulan Liaga Juara-Juara Eropah musim 2012/13.

Sementara itu, juara Liga Perdana Inggeris berdepan laluan sukar apabila diundi dalam kumpulan D bersama juara La Liga Sepanyol, Real Madrid dan juara Eredivise Belanda, Ajax Armsterdam serta Borrusia Dortmund yang turut berjaya mengekalkan kejuaraan Bundesliga musim lalu dalam kumpulan yang digelar kumpulan maut.

Pada sesi undian semalam, Andre Iniesta turut dipilih selaku pemain terbaik UEFA 2012 selepas cemerlang membantu sepanyol mempertahan kejuaraan EURO 2012 serta membantu Barcelona mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. Kejayaan pemain tengah Barcelona ini hasil undia 53 wartawan yang mewakili setiap negara yang bernaung dibawah UEFA dengan menerima 19 undian manakala pencabar terdekat, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pula sekadar menerima 17 undian.

Incoming search terms:

  • jadual liga juara juara eropah 2012/13
  • liga juara juara 2012/13
  • liga juara-juara 2012/13
  • jadual uefa 2012/13
  • undian suku akhir liga juara-juara eropah
  • jadual liga juara juara 2012/13
  • liga juara-juara eropah
This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply