[BULETIN] THOMAS VERMAELEN KAPTEN BARU ARSENAL

Thomas Vermaelen diumumkan selaku kapten Arsenal yang baru mengantikan Robin van Persie yang berhijrah ke Manchester United. Pertahanan kelahiran Belgium itu merupakan penolong kapten kepada Robin van Persie musim lalu telah mengalas tugas selaku kapten Arsenal sepanjang siri jelajah pra-musim Arsenal 2012. Sementara itu, pemain tengah Sepanyol Mikel Arteta pula dilantik selaku penolong kapten Arsenal yang baru musim ini.

“Ia milik Vermaelen dan Arteta,” kata Arsene Wenger ketika ditanya mengenai penganti Robin van Persie oleh media hari ini.

“Sebelum ini Vermaelen merupakan penolong kapten, ia merupakan satu keputusan yang pantas. Saya melihat banyak pemain berpotensi menjadi kapten Arsenal tetapi ketika ini dia (Vermaelen) merupakan individu yang paling layak.”

Sementara itu, Thomas Vermaelen yang bakal mejalani tugas secara rasmi selaku kapten Arsenal yang baru untuk perlawanan Sabtu ini menentang Sunderland nyata gembira dengan perlantikan ini. Dia turut teruja untuk membantu Arsenal memenangi piala musim ini.

“Saya benar-benar gembira dan bangga menjadi kapten Arsenal, satu penghormatan besar buat saya,” kata pertahanan kelahiran Belgium itu dalam wawancara bersama media.

“Saya tidak berubah malah menjadi semakin teguh. Pengurus menjadikan saya seorang kapten, jadi saya tidak mengubah situasi di bilik persalinan. Saya mahu mempraktikan kepimpinan melalui teladan, dalam dan di luar padang.”

“Mungkin saya tidak akan banyak bercakap semasa di atas padang tetapi saya mampu untuk memimpin pemain-pemain lain.”

Thomas Vermaelen pernah menjadi kapten bagi Ajax Arsterdam dan juga bekas kapten bagi skuad kebangsaan Belgium. Pemain pertahanan tengah ini menyertai Arsenal dari Ajax Armstedam pada 19 Jun 2009 dengan bayaran bernilai €12 juta.

“Setiap kapten memiliki cara yang berbeza, setiap orang memiliki personaliti tersendiri dan mempunyai cara-cara yang tersendiri (untuk membimbing pasukan). Robin (van Persie) memberitahu saya tahun lalu dan dia telah menjalankan tugas dengan baik di atas padang.”

“Tetapi dari apa yang dilakukan oleh Robin banyak membantu membina pasukan, memastikan pasukan menjadi sebuah pasukan sejati dan saya mahu melakukannya dengan sebaik mungkin.”

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply