[BULETIN] SERGE GNABRY MENANDATANGANI KONTRAK PROFESSIONAL BERSAMA ARSENAL

Pemain muda Arsenal, Serge Gnabry telah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal. Pemain muda antarabangsa Jerman yang berusia 17 tahun itu menyertai Arsenal dari kelab Jerman, VfB STuttgart musim panas lalu berjaya menampilkan prestasi yang membanggakan sepanjang musim pertama bersama Arsenal.

Kelincahan, kekuatan dan ketajaman menjadi aset utama Gnabry yang berjaya menjaringkan 6 gol daripada 8 penampilan bersama skuad Arsenal B-18 termasuk ketika debut sensari menentang Crystal Palace. Pemain tengah menyerang ini turut diserapkan ke dalam skuad simpanan dan berjaya menjaringkan 2 gol dalam 5 perlawanan.

Warga kejurulatihan dan pengurusan serta pemain-pemain mengalu-alukan kehadiran Gnabry serta memberi ucapan tahniah di atas kontrak professional pertama dalam kariernya bersama Arsenal dan berharap agar pemain tengah kelahiran Jerman itu akan terus komited bersama Arsenal.

Sumber : www.arsenal.com

Incoming search terms:

  • serge gnabry
  • gnabry
  • serge gnabry arsenal
This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply