[BULETIN] SENARAI 32 PEMAIN REMAJA ARSENAL UNTUK KEJOHANAN NEXTGEN EROPAH B-19

Arsenal mengumumkan senarai rasmi 32 pemain yang bakal mengambil tempat dalam skuad dalam Kejohanan NextGen 2012 yang merupakan julung-julung kali diadakan untuk pemain-pemain bawah 19 tahun di mana Arsenal memiliki ramai bakat-bakat pemain muda yang hebat. Sebahagian daripada skuad ini merupakan pemain yang beraksi dalam Piala Capital (dahulunya dikenali sebagai Piala Carling) dan Piala FA Inggeris Remaja.

Sementara itu, nama Benik Afobe yang kini menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman selama semusim turut disenaraikan bersama pemain-pemain seperti Nico Yennaris, Serge Gnabry, Chuks Aneke dan Thomas Eisfeld. Pemain-pemain yang dipinjamkan berkemungkinan bakal digantikan oleh nama-nama lain dalam masa terdekat.

Satu nama lagi yang disisihkan ialah penjaga gol muda, Damien Martinez. Pemain kelahiran Argentina itu banyak beraksi bersama skuad simpanan yang kebanyakan dibarisi oleh pemain-pemain B-21. Musim lalu, Martinez turut dipinjamkan ke Oxford United tetapi kelab memiliki perancangan besar untuk melepaskan pemain ini secara pinjaman bagi musim ini jika Arsene Wenger mendapati Martinez cergas sepenuhnya.

Terry Burton yang merupakan jurulatih skuad remaja Arsenal turut berharap pemain-pemain yang disenarai dapat mengharungi cabaran menentang pemain-pemain remaja terbaik di Eropah.

“Ini merupakan kejohanan yang sangat baik, penganjur melakukan yang terbaik,” kata Terry Burton.

“Kami berpeluang menguji mereka untuk beraksi dengan pemain-pemain terbaik, kelab besar dan anda dapat melihat gaya permainan, corak serangan dan masalah yang bakal dihadapi.”

“Inilah yang kami perlukan, pemain perlukan maklumbalas kerana mereka dalam proses belajar. Secara tidak langsung, ini merupakan satu persediaan untuk menghadapi kejohanan Eropah sebenar pada masa akan datang,” kata Terry Burton.

Arsenal bakal beraksi di peringkat kumpulan bersama Athletico Bilbao, Marseille dan Olympiacos dilihat tidak menghadapi masalah untuk layak ke peringkat seterusnya. Skuad remaja Arsenal ini bakal memulakan aksi pada 29 Ogos menentang Marseille di mana Stadium Barnet Underhill menjadi gelanggang tuan rumah bagi skuad remaja Arsenal.

Senarai Pemain-Pemain Untuk Kejohanan NextGen B-19

Penjaga gol : Reice Charles-Cook, Josh Vickers

Pertahanan : Zach Fagan, Elton Monteiro, Sead Hajrovic, Leander Siemann, Martin Angha, Arinse Uade, Tom Dallison, Brandon Ormonde-Ottewill, Samir Bihmoutine, Hector Bellerin, Kyle Ebecilio

Midfielder : Nico Yennaris, Isaac Hayden, Jordan Wynter, Kris Olsson, Jon Toral, Jack Jebb, Josh Rees, Thomas Eisfeld, Serge Gnabry, Chuks Aneke

Penyerang : Phillip Roberts, Nigel Neita, Alfred Mugabo, Tarum Dawkins, Anthony Jeffrey, Chuba Akpom, Austin Lipman, Zak Ansah, Benik Afobe

Sumber : www.justarsenal.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply