[BULETIN] PEMBELIAN ARSENAL MASIH BELUM BERAKHIR – WENGER

Arsène Wenger mengumumkan bahawa urusan Arsenal dalam pasaran perpindahan pemain belum selesai dengan beberapa pemain bakal menyertai Arsenal sebelum jendela perpindahan ditutup penghujung Ogos nanti. Beberapa nama-nama besar dikaitkan perpindahan ke Emirates di mana kehadiran pemain-pemain ini dilihat satu langkah drastik Wenger untuk mengukuhkan pasukan sekaligus meningkatkan keyakinan Robin van Persie untuk menyambung kontrak bersama The Gunners.

Terdahulu, Arsène Wenger berjaya medapatkan dua pemain berstatus bintang iaitu pemain sayap antarabangsa Jerman, Lukas Podolski dan penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud yang bakal menambah rencah dalam skuad Arsenal. Pengurus Arsenal itu kini giat membina pasukan yang mantap bagi mengharungi saingan musim baru yang bakal bermula 18 Ogos nanti.

“Anda boleh lihat saya berada di sini untuk berkata sedikit mungkin,” kata Arsène Wenger.

“Saya bersedia untuk berunding (perpindahan pemain) tetapi terlalu banyak khabar angin yang bertiup mengenainya kerana ia merupakan perkara sangat sensitif dan sangat rahsia.”

“Kami berjaya mendapatkan (Olivier) Giroud dan (Lukas) Podolski dan kami bakal mendapatkan kembali khidmat (Abou) Diaby dan (Jack) Wilshere juga di mana mereka disisihkan sepanjang musim lepas.”

“Kami mahukan khidmat Wilshere secepat mungkin. Tetapi kami tidak berhenti di sini (mengenai perpindahan pemain). Dan kami akan membawa masuk beberapa pemain lagi,” kata pengendali berusia 64 tahun itu.

Pengurus Arsenal itu turut berhadapan tugas sukar untuk mengekalkan kaptennya, Robin van Persie yang mahu meningalkan Arsenal dengan beberapa kelab-kelab besar antaranya Juventus, Man United, dan Man City dikhabarkan mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat pemain terbaik PFA musim lalu itu.

“Tiada apa yang perlu diperkatakan,” kata Wenger apabila disoal mengenai status semasa Robin van Persie.

“Pilihannya jelas, kami mahukan mengekalkan pemain kami. Saya sangat gembira jika dia kekal bersama Arsenal,” kata Wenger lagi.

Sementara itu, media Inggeris melaporkan kelab Sepanyol, Malaga telah bersetuju melepaskan pemain antarabangsa Sepanyol, Santi Carzola dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £15.6 juta. Pemain yang beraksi di posisi tengah menyerang itu dikhabar bakal menjalani pemeriksaan kesihatan di Arsenal sebelum disahkan sebagai pemain The Gunners.

Arsenal juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah Real Madrid, Nuri Sahin secara pinjaman selepas pengurus Galaticos, Jose Maurinho mengenepikan pemain muda Turki itu dalam perancangan skuadnya musim ini. Selain itu, Arsenal turut dikaitkan dengan pemain tengah Renners, Yann M’villa, pertahanan Paris Saint-Germain, Mamadou Sakho, dan perancang Fulham, Clint Dempsey.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply