[BULETIN] NICO YENNARIS TANDATANGANI KONTRAK LANJUTAN BERSAMA ARSENAL

Arsenal mengesahkan bahawa seorang lagi bintang muda, Nico Yennaris telah menandatangani kontrak lanjutan jangkamasa panjang bersama Arsenal. Pemain muda antarabangsa England itu  telah disenaraikan dalam siri jelajah pra-musim Asia Tour 2012 dengan melakukan 3 penampilan skuad utama Arsenal musim lalu sebelum dipinjamkan ke kelab Divisyen 1, Notts County.

Pemain berusia 19 tahun ini beraksi di posisi midfielder namun sering diletakkan beraksi di posisi bek kanan dan sayap kanan telah melakukan debut dalam Liga Perdana Inggeris ketika menentang Manchester United pada 22 Januari 2012. Yennaris turut beraksi dalam saingan Piala Liga ketika menewaskan Bolton Wanderers dan Piala FA ketika Arsenal menumpaskan Leeds United.

Pemain kelahiran Leytonstone itu menyertai akademi bola sepak Arsenal ketika berusia 7 tahun dan merupakan pemain kesebelasan utama dalam skuad simpanan Arsenal dengan melakukan 17 penampilan. Nico Yennaris turut disenaraikan dalam siri jelajah pra-musim Arsenal dan kejohanan Piala Memorial Markus Liebherr 2012 di Southampton.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply