[BULETIN] LUKAS PODOLSKI AKAN CEPAT MENYESUAIKAN DIRI

Arsène Wenger melaungkan keyakinan bahawa penyerang baru Arsenal, Lukas Podolski akan cepat menyesuaikan diri dan berkembang maju untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan peranan baru yang diberikan. Pemain antarabangsa Jerman itu tiba di Stadium Emirates Jun lalu sememangnya memiliki pengalaman yang luas dan rekod pencapaian yang baik selaku seorang penyerang yang prolifik.

Namun, penyerang berusia 27 tahun itu gagal membantu Arsenal pada aksi pembukaan Sabtu lalu menentang Sunderland apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol menyaksikan Arsenal sekadar seri 0-0 di Stadium Emirates.

“Saya melihat dia (Podolski) beraksi selaku penyerang tengah (center foward) tetapi dia berkerja keras untuk mengubah rentak perlawanan, melakukan larian untuk melindungi dan mendapatkan bola serta bergerak ke kiri dan ke kanan,” kata Wenger.

“Ia bukan mudah beraksi untuk melakukannya tetapi Podolski membuktikan kemampuannya. Dia memiliki sentuhan penyudah yang hebat namun tidak memiliki peluang yang cukup baik (menentang Sunderland).”

“Saya akan sentiasa memerhatikannya setiap perlawanan dan melihat apa yang mampu dilakukannya. Saya akan terus membuat kajian.”

Lukas Podolski telah digantikan dengan seorang lagi penyerang baru Arsenal, Olivier Giroud pada minit ke-63 dalam aksi Sabtu lalu. Arsene Wenger yakin gandingan kedua penyerang ini mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robin van Persie yang merupakan penyumbang gol utama Arsenal musim lalu dengan 37 gol.

“Anda tidak boleh membuat kesimpulan pada persembahan dalam satu perlawanan sahaja dan mereka masih dibayangi kehebatan Robin van Persie (musim lalu).”

“Podolski dan Giroud telah mengumpul 40 gol ketika beraksi dengan bekas kelab masing-masing tetapi terlalu awal untuk melihat kemampuan sebenar mereka di Arsenal.”

“Secara keseluruhan, saya gembira dengan semangat yang ditunjukkan namun sedikit kecewa keraga gagal mencipta lebih banyak gerakan-gerakan kreatif,” kata Wenger lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply