[BULETIN] FABRICE MUAMBA UMUM PERSARAAN

Bekas pemain tengah Arsenal, Fabrice Muamba mengumumkan persaraannya dari kariernya selaku pemain bola sepak professional. Muamba pernah beraksi sebanyak 2 kali dalam skuad utama Arsenal pada 2005 sebelum meninggalkan The Gunners untuk menyertai Birmingham City pada Ogos 2006. Pemain berusia 24 tahun itu mengalami masalah jantung selepas rebah semasa perlawanan suku akhir Piala FA antara Tottenham dan Bolton Wanderers pada 17 Mac lalu.

Muamba menerima rawatan selama dua minggu di hospital selepas insiden itu dan selepas menerima nasihat daripada pakar-pakar perubatan serta perbincangan dengan pakar jantung mendorong untuk bekas pemain England B-21 itu mengumumkan persaraannya selaku pemain bola sepak.

Fabrice Muamba merupakan sebahagian daripada produk akademi Arsenal sebelum berhijrah ke Birmingham City pada 11 Mei 2007. Muamba kemudiannya berhijrah ke Bolton Wanderers pada 11 Jun 2008 dengan beraksi sebanyak 13o kali mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang membantu dirinya.

“Tatkala saya menerima berita ini, saya berterima kasih kepada semua,” kata Muamba kepada lama web rasmi Bolton Wanderers.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana masih lagi hidup dan saya memberi penhormatan sekali lagi kepada pasukan perubatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan saya.”

Muamba bakal terbang ke Belgium awal minggu lalu untuk menjalani pemdedahan kecil jantung dimana ini bakal menghalang dirinya untuk kembali beraksi selaku pemain bola sepak. Lantaran itu, Muamba mengambil keputusan untuk berundur dari arena bola sepak.

“Sejak mengalami masalah jantung dan dirawat di hospital, saya menerima pelbagai nasihat dan mesej-mesej positif untuk saya kembali beraksi bersama Bolton Wanderers,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

“Tetapi berita yang saya terima berbeza dengan apa yang saya dan peminat-peminat harapkan di mana saya terpaksa mengumumkan persaraan selaku pemain bola sepak professional,” kata Muamba lagi.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply