[BULETIN] BENIK AFOBE CATAT HATRIK PERTAMA BERSAMA BOLTON

Penyerang muda Arsenal, Benik Afobe yang kini dipinjamkan ke Bolton Wanderers untuk musim 2012/13 berjaya mencatatkan jaringan hatrik pertama dalam kemunculan kedua bersama skuad kendalian Owen Coyle semasa perlawanan persahabatan menentang kelab Divisyen 1, Tranmere Rovers. Pemain berusia 19 tahun itu merupakan antara prospek masa depan Arsenal dan tonggak utama skuad England B-19.

Benik Afobe berjaya membuka jaringan pada minit ke-47 setelah memanfaatkan kesilapan pertahanan Tranmere Rover sebelum menambah gol kedua apabila menanduk masuk hasil sepakan percuma pada minit ke-75. Pemain muda Arsenal ini terus cemerlang meledak gol ketiga pada minit ke-77 namun Tranmere berjaya mendapatkan gol saguhati pada masa-masa kecederaan. Aksi Benik Afobe berjaya memberi impak positif dengan membantu kemenangan 3-1 Bolton ke atas Tranmere Rovers semalam.

Owen Coyle nyata gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh Afobe yang merupakan pemain muda ketiga Arsenal yang dipinjam selepas Jack Wilshere pada musim 2010/11 dan Ryo Miyaichi pada musim lalu. Kehadiran Afobe nyata mengembirakan staf kejurulatihan dan pemain-pemain Bolton serta para peminat.

Musim lalu, Afobe dipinjamkan ke Reading manakala pernah beraksi bersama Huddersfield United secara pinjaman pada 2010/11. Semoga Benik Afobe terus cemerlang dan menimba pengalaman bersama Bolton Wanderers sepanjang tempoh pinjaman musim ini.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply