[BOLA SEPAK] BRAZIL, MEXICO BAKAL BERENTAP DI AKHIR

Brazil dan Mexico berjaya mengenepikan cabaran dua gergasi Asia, Korea Selatan dan Jepun untuk mara ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik London 2012. Skuad Samba bangkit dari prestasi kurang memberansangkan di peringkat kumpulan dan suku akhir apabila mudah membenam Korea Selatan 3-0 manakala Mexico pula meneruskan kecemerlangan apabila menewaskan juara Asia, Jepun 3-1 Selasa lalu. Brazil dan Mexico akan berentap dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley pada 10 malam ini (waktu Malaysia).

Jurulatih Brazil, Mano Menezes bakal melakukan sedikit perubahan dibahagian tengah dengan mengandingkan Alex Sandro, Romulo dan Oscar sementara bahagian serangan diterajui oleh Leandro Damiao, Neymar dan Hulk. Gandingan Leandro dan Neymar muncul selaku penjaring utama kejohanan dengan mejaringkan 9 gol dalam 5 perlawanan.

Sementara itu, penyerang AC Milan Alaxandre Pato yang diletakkan dibangku simpanan bersama Lucas Moura dan Ganso sedia diturunkan. The Selecao menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menewaskan Korea Selatan 3-0 hasil jaringan Romulo pada minit ke-38 dan dua gol menerusi Leandro Damiao Pada minit ke-57 dan 64 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Old Trafford, Manchester.

Manakala pengendali skuad Mexico, Luis Fernando Tena terpaksa mengenepikan Giovannvi Dos Santos yang mengalami kecederaan. Oribe Peralta dan Marco Fabian bakal menjadi nadi utama untuk merobek gawang Brazil dibantu oleh Javier Cortés dan Javier Aquino di bahagian midfielder.

Mexico berjaya bangkit daripada keputusan seri 0-0 dalam perlawanan pembukaan sebelum berjaya mencatatkan kemenangan demi kemenangan sehingga berjaya ke perlawanan akhir. Terdahulu, Mexico berjaya menyingkirkan juara Asia, Jepun 3-1 pada satu lagi perlawanan separuh akhir hasil jaringan Marco Fabian (31′), Oribe Peralta (65′) dan Javier Cortés (93′) memadam jaringan awal Yuki Otsu pada minit ke-12.

BARISAN KEMUNGKINAN

Brazil

Gabriel
Rafael-Thiago Silva-Juan-Marcelo
Romulo-Sandro-Oscar
Hulk-Leandro-Neymar

Mexico

Corona
Israel-Reyes-Araujo-Chavez
Enriquez-Salcido
Aquino-Cortes-Fabian
Peralta

FAKTA MENARIK PERLAWANAN

  • Leandro Damiao merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan 6 gol setakat ini.
  • Brazil memenangi semua perlawanan dengan 3 gol sepanjang laluan ke akhir.
  • Mexico berjaya menewaskan Brazil 2-0 dalam aksi pemanas badan sebelum kejohanan Sukan Olimpik London 2012.
  • Tahun ini merupakan kali pertama Brazil layak ke pentas akhir sejak Sukan Olimpik 1988 yang dibarisi oleh pemain-pemain antaranya Romario dan Bebeto.
  • Mexico belum pernah tewas kepada Brazil dalam perlawanan akhir untuk semua kejohanan setakat ini.
  • Meskipun Brazil merupakan antara kuasa besar bola sepak dunia, namun Brazil belum pernah merangkul pingat emas acara bola sepak di Sukan Olimpik di mana The Selecao hanya sekadar merangkul pingat perak pada 1984 dan 1988.
  • Pemain tengah Mexico, Carlos Salcido yang berusia 32 tahun merupakan pemain yang paling berpengalaman dalam perlawanan akhir Sabtu ini dengan memiliki 103 caps antarabangsa
  • Dalam 8 perlawanan terakhir, Brazil memenangi 4 perlawanan dan Mexico juga memenangi 4 perlawanan.
This entry was posted in Bola Sepak. Bookmark the permalink.

Leave a Reply