[BADMINTON] LEE CHONG WEI MARA KE PENTAS AKHIR

 

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus menyalakan impian Malaysia merangkul emas pertama di Sukan Olimpik apabila mara ke pentas akhir acara perseorangan lelaki badminton. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008 cemerlang menundukan pemain muda China, Chen Long di separuh akhir dengan kemenangan straight set 21-13 dan 21-14 di Arena Wembley, London semalam.

Lee Chong Wei cuma memerlukan 51 minit untuk mengesahkan tiket ke perlawanan akhir apabila menampilkan persembahan bertenaga. Segalanya tampak menjadi buat pemain no.2 dunia itu tenang mengenepikan cabaran Chen Long dalam perlawanan separuh akhir.

Hanya 51 minit diperlukan oleh Chong Wei untuk menjinakkan Chen Long yang sememangnya terkenal dengan corak permainan pantas dan agresif. Dalam perlawanan tersebut, pemain berusia 31 tahun berjaya menampilkan rentak permainannya yang sebenar dan selesa mendahului 7-0 pada set pertama. Rentak permainan Chen Long terus kucar-kacir apabila sering melakukan kesilapan sekaligus memberi mata mudah kepada jaguh perseorang negara itu.

“Hari ini (semalam) saya hanya fikirkan untuk menamatkan saingan dia (Chen Long) pada temasya ini. Saya anggap ini sebagai perlawanan terakhir dan saya tampil memberikan yang terbaik.

“Perancangan saya berkesan dan saya pun tidak sangka boleh beraksi dengan baik hari ini (semalam),” kata Chong Wei.

“Bukan mudah untuk menjinakkan dia (Chen Long) kerana dia seorang pemain yang agak tenang. Saya cuba untuk bermain secara lebih tenang untuk mengawal permainan dan taktik tersebut cukup efektif. Saya berjaya mematikan fokusnya sejak set pertama lagi,” katanya.

Menanti Lee Chong Wei di final ialah seteru utamanya dari China, Lin Dan yang menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-ill 21-12, 21-10 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pertemuan antara Lee Chong dan Lin Dan mengulangi perlawanan akhir perseorangan badminton Sukan Olimpik Beijing yang dimenangi oleh jaguh China itu. Aksi final antara Chong Wei dan Lin Dan akan berlangsung pukul 8.00 malam (waktu Malaysia) esok.

 Sementara itu, gandingan beregu Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong pula bakal turun pukul 4.30 petang ini (waktu Malaysia) menentang pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng pada peringkat separuh akhir acara badminton beregu lelaki pada Sukan Olimpik 2012 London.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong meneruskan kemaraan selepas menewaskan beregu Thailand, Bodin Isara-Maneepong Jongjit pada peringkat suku akhir kelmarin.

Meskipun rekod pertemuan lebih memihak kepada pasangan China yang berada di rangking ke-2 dunia, namun pasangan dilihat mampu mencipta kejutan berdasarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh berege negara itu setakat ini. Jika Kien Kiat-Boon Heong berjaya meneruskan kecemerlangan, kontinjen negara boleh mengharapkan kejayaan lebih besar daripada sukan badminton.

This entry was posted in Badminton, Sukan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply