[BADMINTON] LEE CHONG WEI, GANDINGAN KIEN KIAT-BOON HEONG MARA KE SEPARUH AKHIR

Badminton terus memberi sinar buat kontijen negara di Sukan Olimpik London 2012 apabila jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dan gandingan beregu lelaki, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong berjaya mara ke separuh akhir setelah menewaskan lawan masing-masing semalam. Harapan tinggi rakyat Malaysia untuk merangkul emas pertama Olimpik tampak berliku apabila lawan sukar menanti mereka di separuh akhir nanti.

Sandaran utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton perseorangan lelaki apabila menewaskan Kashyap Parupalli dari India 21-19, 21-11 pada aksi suku akhir di Arena Wembley awal pagi tadi. Chong Wei diletakkan sebagai sandaran utama bagi membawa pulang pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.

Bagaimanapun, tugas getir dijangka menanti pemain no.2 dunia itu apabila berdepan bintang muda China, Chen Long yang turut mara ke kelompok empat pemain terbaik selepas menundukkan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-16, 21-13.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, ternyata ia lebih memihak kepada Chong Wei yang berjaya mencatat enam kemenangan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong pula cemerlang menundukkan pasangan Thailand, Bodin Isara-Maneepong Jongjit 21-16,21-18  di suku akhir.

Namun, laluan sukar menanti gandingan negara apabila bakal bertemu pasangan China, Cai Yun-Fu Hai Feng di separuh akhir esok. Pasangan China itu mara selepas menundukkan beregu senegara mereka, Chai Biao-Guo Zhendong 21-15, 21-19 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

Incoming search terms:

  • aksi lee cong wee
This entry was posted in Badminton, Sukan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply