[PERPINDAHAN] 10 PEMAIN YANG HAMPIR DITANDATANGANI OLEH ARSENE WENGER

Tatkala jendela perpindahan musim panas 2012 disingkapkan menyaksikan beberapa nama-nama besar seperti Lukas Podolski, Jan Vertonghen, Olivier Giroud, Yann M’Villa, Santi Carzola dan sebagainya dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Namun, tahukah anda beberapa nama-nama besar atau prospek muda berbakat besar yang hampir-hampir ditandatangani oleh Arsene Wenger sebelum ini namun atas beberapa faktor hasrat itu tidak menjadi kenyataan. Di sini disenarai 10 pemain yang hampir menyarung jersi Arsenal :-

1-Zlatan Ibrahimovic

Ketika berusia 19 tahun, Zlatan Ibrahimovic semakin hampir menyertai Arsenal dari kelab Sweeden, Malmo dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £3 juta pada tahun 2000. Arsene Wenger telah membawa Ibrahimovic untuk menjalani latihan percubaan di Arsenal termasuk bermain dalam satu perlawanan persahabatan. Namun, lantaran campur tangan pihak ketiga dan tawaran kontrak yang kurang meyakinkan dari Arsenal, akhirnya pemain muda Sweeden itu memilih untuk menyertai Ajax Armsterdam.

2-Juan Mata

Pada musim panas 2011, Arsenal terdesak mencari penganti Cesc Fabregas yang berhijrah ke Barcelona menyaksikan Arsene Wenger cuba mendapatkan bekas pemain Valencia ini untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas kapten Arsenal itu. Tatkala Arsenal semakin hampir untuk mendapatkan tandatangan Juan Mata dengan harga yang rendah, Chelsea muncul dengan tawaran yang lebih lumayan berjumlah £24 juta untuk membawa pemain muda Sepanyol ke Stamford Bridge.

3-Petr Cech

Setelah bersetuju dengan segala isu berkaitan perpindahannya dan Cech kelihatan semakin hampir meninggalkan Sparta Prague untuk menyertai The Gunners pada tahun 2002 ketika berusia 20 tahun. Ketika yuran perpindahan dan terma kontrak sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak namun isu permit kerja menjadi penghalang menyaksikan Arsenal terpaksa berputih mata dan melepaskan penjaga gol berbakat itu kepada kelab Perancis, Rennes. Kini, Petr Cech merupakan penjaga gol utama Chelsea dan muncul selaku antara penjaga gol terbaik dunia.

4-Joey Barton

Semasa jendela perpindahan musim panas 2011, Joey Barton mendakwa dirinya dihubungi oleh staf kejurulatihan Arsenal namun pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood menafikan khabar perpindahan ke Emirates. Pemain tengah Newcastle United itu telah terlibat insiden pergaduhan dengan pemain Arsenal, Gervinho pada 13 Ogos 2011 menyaksikan pemain sayap Ivory Coast itu dibuang padang pada mnit ke-75. Kemarahan peminat Arsenal terhadap Barton menjadi punca utama rundingan ini tidak diteruskan.

5-Didier Drogba

Arsene Wenger pernah mendedahkan bahawa dia mempunyai peluang untuk mendapatkan penyerang Ivory Coast itu dengan bayaran serendah £100,000 (kurang daripada setengah gaji mingguan di Chelsea) pada awal tahun 2000 ketika Didider Drogba beraksi bersama kelab Ligue 1, Le Mans.

“Kami telah memantau perkembang dia (Drogba) dengan teliti dan kami merasakan ida belum bersedia sepenuhnya. Ia merupakan satu kesilapan kerana melepaskan Drogba tetapi jika anda berada dalam bola sepak, semua orang boleh memahami. Bagaimanapun ketika itu kamu sudah memiliki Thierry Henry.” kata Arsene Wenger.

6-Samuel Eto’o

Bekas pemain buangan Real Madrid ini berjaya muncul penjaring gol Real Mallorca terbanyak sepanjang zaman apabila meninggalkan The Galaticos pada tahun 2000. Arsene Wenger pernah menawarkan kontrak kepada Eto’o pada tahun 2004 meskipun penyerang itu memiliki ego yang tinggi menyebabkan pengurus Arsenal terpaksa berfikir panjang. Arsenal kemudiannya menarik diri dari persaingan mendapatkan penyerang kelahiran Cameroon itu apabila agennya menyatakan bahawa Eto’o mahu ke Barcelona.

7-Claude Makélélé

Ketika Arsene Wenger tiba di Arsenal pada 1996 dan baru berjaya mendapatkan pemain tengah kental, Patrick Vieira dari AC Milan. Namun, seminggu kemudiannya Wenger mendapat panggilan dari kelab Perancis, Nantes bertanyakan jika berminat untuk menandatangani Makélélé seperti yang dijanjikan. Rundingan berterusan untuk mendapatkan Makélélé semakin hampir (menurut temubual bersama Wenger pada 2006) namun pengurus Arsenal itu menarik balik tawarannya sebelum perjanjian dimuktamadkan kerana Arsenal sudah memiliki Vieira yang sudah mampu mengalas tugas mengemudi bahagian tengah Arsenal.

8-Xabi Alonso

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez membuat keputusan mengejut untuk melepaskan Xabi Alonso dalam usaha untuk membuka ruang untuk Gareth Barry, seorang lagi pemain tengah yang berdisiplin dan memiliki rekod yang baik untuk membantu Liverpool kembali mengegar kejuaraan Eropah.

Tatkala Benitez membuat rancangan mengantikan Alonso, pemain tengah Sepanyol membuka rundingan untuk menyertai Arsenal. Alonso dilihat benar-benar mahu menyertai Arsenal namun apabila bidaan Liverpool untuk mendapatkan Gareth Barry gagal, dia mengambil keputusan untuk kekal di Anfield setahun lagi sebelum berhijrah ke Real Madrid pada musim panas 2009.

9-Yaya Touré

Ketika Yaya Touré berusia 20 tahun, Arsenal dilihat sudah hampir menandatangani adik kepada pertahanan Arsenal, Kolo Touré di mana Yaya sudah beraksi dalam perlawanan ujian dan menjalani latihan bersama skuad remaja Arsenal pada 2003. Namun, isu permit kerja menghalang Wenger menandatangani pemain muda Ivory Coast itu menyaksikan Yaya menyertai Olimpiakos sebelum berhijrah ke Barcelona dan Manchester City. Musim lalu, Yaya Touré muncul selaku pemain tengah terbaik Liga Perdana Inggeris dan menjadi tonggak kejayaan The Citizen.

10-Cristiano Ronaldo

Pemain muda Portugal telah dijemput menjalani latihan di London Colney dan Wenger menunjukan jersi Arsenal dengan nama Ronaldo pada November 2002. Arsenal sudah bersedia mendapatkan pemain berusia 17 tahun dengan yuran perpindahan bernilai £4 juta dari Sporting Lisbon. Namun, Cristiano Ronaldo berjaya mencuri perhatian Sir Alex Ferguson apabila membantu Sporting Lisbon menewaskan Manchester United 3-1 semasa perlawanan persahabatan sempena pembukaan Estádio José Alvalade pada 6 Ogos 2003.

Pengurus Manchester United itu yang nyata berminat dengan aksi Ronaldo telah menaikan bidaan sebanyak £11 juta dibantu dengan pujukan penolong pengurus Manchester United berbangsa Portugis, Carlos Queiroz berjaya membawa prospek muda Portugal itu ke Old Trafford. Kini, Cristiano Ronaldo muncul selaku penyerang terbaik di dunia.

Dikemaskini pada 7 Ogos 2012

Incoming search terms:

  • perpindahan cristiano ronaldo
  • perpindahan ronaldo
  • perpindahan cristiano ronaldo 2013
This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply