[PERPINDAHAN] WENGER BERPUTUS ASA DENGAN ROBIN VAN PERSIE

Arsene Wenger dikhabarkan sudah berputus harap untuk mengekalkan penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie di Emirates musim depan. Pengurus Arsenal itu mengakui sukar menghalang penghijrahan bintang Belanda yang mungkin dijual sebelum 18 Ogos depan sebelum aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Sunderland nanti.

“Sememangnya Robin van Persie penyerang bertaraf dunia. Sudah tentu kami mahu dia kekal tetapi kini segala-galanya terserah kepada apa yang terbaik buat kelab,” kata Wenger.

Namun, Arsene Wenger juga menafikan skuadnya bakal bermasalah sebaik kehilangan van Persie seperti yang dialami mereka musim lepas gara-gara penghijrahan Samir Nasri dan Cesc Fàbregas.

“Kali ini tidak sama. Kami memiliki lebih banyak pemain yang biasa beraksi sesama sendiri selain turut diperkuatkan oleh dua penyerang hebat (Lukas Podolski dan Olivier Giroud),” kata Wenger.

Penyerang itu memiliki kontrak setahun lagi dan Arsenal mungkin memikirkan untuk meletakkan harga ke atasnya tanpa mahu membiarkan dia pergi dengan perpindahan percuma musim panas tahun depan. Robin van Persie yang menjaringkan 37 gol dalam semua pertandingan musim lalu mengejutkan Wenger apabila mengumumkan mahu meninggalkan Arsenal selepas Euro 2012 atas alasan matlamat kelab Utara London itu tidak selari dengan kehendaknya.

Reaksi Wenger itu susulan penolakan tawaran baru kelab kepada van Persie awal bulan ini. Pengurus itu berkata penyerang yang memenangi Anugerah Pemain dan Penulis Bolasepak Tahunan boleh meninggalkan Arsenal tetapi dengan harga yang sesuai. Arsene Wenger masih menaruh harapan agar penyerang itu menandatangai kontrak baru dan terus kekal di Emirates

Keputusan van Persie itu menarik perhatian banyak kelab termasuk pengurus Manchester United, Alex Ferguson yang berminat mengikatnya di samping kelab Itali, Juventus dan Manchester City. Ferguson membuat tawaran namun Arsenal menolaknnya kerana mahu sekurang-kurangnya £30 juta andai mahukan khidmat Robin van Persie.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply