[BULETIN] STEVE BOULD BAKAL BERI DIMENSI BARU BARISAN PERTAHANAN ARSENAL

Steve Bould dilantik selaku penolong pengurus Arsenal bagi mengantikan Pat Rice yang bersara pada hujung musim lalu bakal memberi demensi baru kepada skuad Arsenal musim ini. Pengendali berusia 49 tahun merupakan jurulatih skuad remaja Arsenal sejak 2001 telah berjaya menghadiahkan dua Kejuaraan Liga Perdana Akademi pada 2008/09 dan 2009/10 dan Piala FA Remaja 2010.

Kebelakangan ini pelbagai kritikan dilemparkan kepada taktikal dan gandingan pertahanan Arsenal yang mudah dibocori oleh pihak lawan. Musim lalu sahaja Arsenal dibolosi sebanyak 47 kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris, 43 kali pada musim 2010/11 dan 37 kali pada musim 2009/10. Steve Bould merupakan bekas pemain Arsenal yang beraksi sebanyak 287 kali selaku pertahanan tengah dari 1988 hingga 1999 dengan menjulang 3 kejuaraan Liga (88/89, 90/91, 97/98), 2 Piala FA (92/92, 97/98), 2 Perisai Komuniti (1991,1998), Piala Liga (92/93) dan Piala Eropah (93/94) sememangnya memiliki kemahiran dan pengalaman yang luas dalam usaha untuk mebentuk barisan pertahanan yang mantap.

Namun, Steve Bould turut memuji kepantasan tonggak pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen yang sering naik untuk membantu jentera serangan Arsenal. Dia juga berpuas hati dengan barisan pertahanan yang sedia ada. Lantaran itu, Bould bakal membentuk gandingan pertahanan yang mantap musim ini sekaligus membantu Arsene Wenger menamatkan kemarau kejuaraan.

Selain itu, Steve Bould juga dilihat begitu akrab dengan pemain-pemain muda Arsenal yang pernah menerima sentuhan dan tunjuk ajar darinya. Dan sememangnya Bould memberi isyarat untuk memberi peluang pemain-pemain muda yang pernah dibimbing olehnya ketika menjadi pengurus skuad remaja Arsenal seperti Jack Wilshere, Wojchiech Szczesny, Kieran Gibbs, Henri Lansbury, Kyle Bartley, dan lain-lain lagi beraksi dalam skuad utama Arsenal.

Bek kiri Arsenal, Kieran Gibbs (22 tahun) turut gembira dengan kehadiran Bould dengan berkata : “Steve Bould mempunyai pengaruh yang besar dalam permainan saya. Beliau merupakan pengurus saya selama beberapa tahun dan kejayaan saya berada di peringkat ini merupakan sebahagian daripada pembangunan yang beliau lakukan dalam skuad remaja Arsenal. Dia mengajar saya dan pemain-pemain yang lain tentang banyak perkara, mengenai situasi di dalam dan di luar padang”

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply