[PRA-MUSIM] SENARAI 24 PEMAIN UNTUK ARSENAL ASIA TOUR 2012

Asia terus menjadi destinasi Arsenal dalam jelajah pra-musim 2012 sebagai persediaan menghadapai saingan musim 2012/13. Arsene Wenger telah mengumumkan senarai 24 pemain-pemain yang bakal menyertai Arsenal Asia Tour 2012 yang bermula 23 Julai ini dengan Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama sebelum berkunjung ke Beijing pada 27 Julai dan Hong Kong dua hari selepas ini.

Namun, beberapa pemain utama tidak disenaraikan atas pelbagai faktor. Aaron Ramsey dan bintang Korea Selatan, Park Chu-Yong tidak dapat menyertai jelajah pra-musim 2012 kerana menyertai skuad Olimpik Great Britain dan Korea Selatan. Manakala Jack Wilshere, Tomas Rosicky, Bacary Sagna, dan Per Mertesacker masih belum cergas sepenuhnya ekoran dilanda masalah kecederaan.

Sementara itu, Robin van Persie, Lukas Podolski, Laurent Koscielny dan Olivier Giroud terus direhatkan ekoran masih keletihan selepas beraksi dalam kejohanan EURO 2012 di Poland dan Ukraine. Selain itu, Andrey Arshavin, Nicklas Bendtner dan Sebastian Squillaci juga tidak turut serta selepas status mereka dibekukan untuk proses perpindahan pemain.

Berikut adalah senarai 24 pemain yang akan menyertai Arsenal Asia Tour 2012 :-

Penjaga Gol
-Wojciech Szczesny
-Lukas Fabianski
-Vito Mannone
 
Pertahanan
-Thomas Vermaelen
-Andre Santos
-Carl Jenkinson
-Kieran Gibbs
-Johan Djourou
-Ignasi Miquel
-Nico Yennaris
-Kyle Bartley
 
Midfielder
-Mikel Arteta
-Abou Diaby
-Alex Song
-Francis Coquelin
-Thomas Eisfeld
-Craig Eastmond
 
Penyerang
-Marouane Chamakh
-Theo Walcott
-Alex Oxlade-Chamberlain
-Gervinho
-Ryo Miyaichi
-Chuks Aneke
-Benik Afobe
 

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Pra-Perlawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply