[PERSPEKTIF] SAYA BANYAK BELAJAR DARI PENGALAMAN BERSAMA ENGLAND – OXLADE-CHAMBERLAIN

Bintang muda Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain mengakui peluang dirinya beraksi bersama skuad England dalam Kejohanan EURO 2012 merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mahukan lebih peluang untuk beraksi  pada masa akan datang. Pemain berusia 18 tahun itu mempamerkan persembahan yang memberansangkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah sejak menyertai Arsenal dari Southampton pada Ogos tahun lalu.

Aksi Oxlade-Chamberlain berjaya mencuri perhatian ramai pihak tatkala dipanggil untuk menjadi sebahagian skuad utama England ke Kejohanan EURO 2012 di mana dia turut diberi peluang beraksi selaku pemain utama ketika aksi pembukaan menentang Perancis dan bermula di bangku simpanan ketika menentang Sweeden dan Ukraine.

“Saya menikmati setiap detik (ketika bersama skuad England). Saya mengharungi perjalanan yang jauh -bermula dari pra-musim tahun lalu hingga ke kejohanan besar bersama skuad England tahun ini,” kata Oxlade-Chamberlain kepada Arsenal Player.

“Saya telah belajar banyak perkara dalam kejohanan EURO dan mahu berusaha lebih lagi pada masa akan datang. Kejohanan utama akan datang bakal berlangsung di Brazil pada 2014 tetapi apa yang lebih penting ialah mengekalkan konsentrasi bersama Arsenal. Bagi pentas antarabangsa, saya perlu menarik pehatian pengurus terhadap persembahan saya.”

Alex Oxlade-Chamberlain bakal terbang bersama rakan-rakan sepasukan ke beberapa negara di  Eropah dan Asia termasuk Malaysia, China dan Hong Kong dalam jelajah pra-musim  Arsenal 2012.

“Untuk kembali menjalani latihan, berjumpa dengan rakan-rakan sepasukan – saya tidak sabar untuk menantinya.”

“Saya telah bercakap dengan pengurus (Wenger) dan Colin Lewis, fisioterapi Arsenal dan mereka memberitahu saya boleh kembali menjalani latihan pada Khamis ini tetapi saya mahu kembali lebih awal (untuk menjalani latihan). Saya tidak boleh menunggu lagi dan bersedia untuk memulakan musim baru bersama Arsenal.” kata Oxlade-Chamberlain lagi.”

Sumber : www.arsenal.com

Incoming search terms:

  • pengalaman belajar di uk
This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply