[PERSPEKTIF] LUKAS PODOLSKI YAKIN MAMPU MENGISI KEKOSONGAN ROBIN VAN PERSIE

Tatkala masa depan yang tidak menentu penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie di Emirates musim ini belum mencapai kata putus. Namun, penyerang baru Arsenal Lukas Podolski menyatakan kenyakinannya untuk mengisi kekosongan jika Robin van Persie meninggalkan Arsenal musim panas ini. Bintang antarabangsa Jerman ini ditandatangani dari kelab Bundesliga, Koln dengan yuran perpindahan bernilai £11.7 juta sebelum kejohanan EURO 2012 bermula.

Penyerang berusia 26 tahun itu bersama seorang lagi penyerang baru yang dibeli, Olivier Giroud memberi harapan baru buat Arsenal bagi menghadapi saingan musim baru. Lukas Podolski turut berharap agar kapten Arsenal itu yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu untuk terus kekal di Emirates bagi membentuk gandingan serangan mantap Arsenal musim ini.

“Semua peminat mengakui Robin van Persie memiliki rekod yang hebat musim lepas dan berharap agar dia terus kekal bersama kami di Arsenal. Ia merupakan sesuatu yang hebat bermain bersamanya,” kata Podolski ketika ditemubual oleh ESPN.”

“Saya boleh beraksi selaku penyerang utama atau penyerang kedua di samping boleh beraksi dibahagian sayap kiri menjana serangan. Ini merupakan satu cabaran untuk menjaringkan gol tetapi saya berpuas hati. Saya berusaha keras untuk membuktikan kemapuan saya”

Lukas Podolski juga turut mengagumi pengurus Arsenal yang memiliki rekod dan pencapaian yang baik bersama Arsenal. Arsene Wenger berjaya membentuk skuad Arsenal yang hebat meskipun seringkali kehilangan bintang-utama saban tahun dan tanpa pelaburan wang yang banyak seperti Manchester City, Chelsea, PSG dll. Penyerang berusia 26 tahun ini turut menyukai gaya permainan dan corak serangan yang diterapkan oleh Arsene Wenger.

“Meskipun ramai peminat kecewa dengan beliau (Wenger) tetapi mereka perlu sedar bahawa Arsenal memiliki seorang pengurus yang hebat. Beliau memiliki reputasi besar membantu meningkat kualiti pemain di mana saya yakin dia mampu meningkatkan mutu permainan saya,” kata Podolski lagi.

“Di Jerman, peminat bola sepak sangat mengenali Arsene Wenger. Mereka tahu apa yang diperkatakan olehnya dan mengagumi pencapaian beliau.”

Bintang antarabangsa Jerman itu mengalami kemerosotan perstasi ketika berpindah ke Bayern Munich dari Koln pada 2006 ekoran gagal mendapat tempat dalam skuad utama Bayern Munich. Namun, tindakannya untuk kembali ke Koln pada 2009 berjaya meningkatkan kembali prestasinya. Kini, Lukas Podolski berjaya meraih caps ke-100 semasa kejohanan EURO 2012 bersama skuad kebangsaan Jerman dan tidak sabar untuk memulakan aksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply