[PERSPEKTIF] HENRI LANSBURY MAHU LEBIH AKSI BERSAMA ARSENAL

Henri Lansbury mengakui dirinya sangat bangga dan gembira menyarung jersi Arsenal dalam Kejohanan Piala Memorial Markus Liebherr 2012 di Southampton, Sabtu lalu dan berharap agar diberi lebih peluang untuk terus beraksi bersama Arsenal. Pemain berusia 21 tahun ini turut membantu Arsenal menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Anderlecht 1-0 di Stadium St. Mary Sabtu lalu.

Pemain tengah Arsenal ini musim lalu menghabiskan satu musim secara pinjaman bersama West Ham United dan berjaya membantu kelab itu dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris musim ini. Lansbury mengakui dirinya dapat menimba ilmu dan pengalaman berharga sepanjang beraksin dalam Kejohanan Piala Memorial Markus Liebherr 2012.

“Ia merupakan sesuatu yang bagus dapat beraksi bersama Arsenal di mana saya sudah berada di sini untuk satu tempoh masa yang lama dan saya mahu terus menyarung jersi kelab ini banyak kali lagi,” kata Henri Lansbury kepada Arsenal Player.

“Kejayaan membantu West Ham United dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris merupakan pengalaman yang baik bagi saya”

“Satu peluang keemasan bagi saya beraksi dalah kejohanan jemputan di Southampton dan menjulang Piala Memorial Markus Liebherr adalah satu bonus bagi saya. Jaringan saya (ketika menentang Anderlecht) berpunca dari hantaran cantik Jenkinson dan ia sesuatu yang baik apabila saya dapat menyempurnakannya.”

“Saya sepatutnya menjaringkan gol kedua (ketika menentang Southampton) tetapi ketangkasan penjaga gol Southampton berjaya menafikannya. Saya sangat teruja dan gembira,” kata Lansbury lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply