[PERSPEKTIF] ARSENAL MASIH MAPAN DAN BERDAYA SAING -WENGER

Arsène Wenger menegaskan keyakinannya bahawa Arsenal seharusnya lebih berdaya saing. Polisi pengurusan kewangan dan kelab masih dalam penelitian namun pengurus berbangsa Perancis itu percaya bahawa ia sangat penting untuk pembangunan jangka masa panjang bagi kelab yang kini berusia 126 tahun. Arsene Wenger juga sekali lagi menyatakan sokongan terhadap peraturan kewangan yang diperkenalkan oleh UEFA.

“Kami sentiasa mempertahankan nilai kelab dan model pengurusan yang berdaya saing”, beritahu Arsène Wenger kepada Arsenal Player baru-baru ini.

“Jika tidak, kami akan terkeluar daripada bentuk dan menjadi sangat rapuh. Keteguhan kewangan kelab adalah segalanya bagi saya. Saya akan terus menyokong dan meneruskan apa yang saya laukukan.”

“Saya percaya peraturan Kewangan Fair-Play yang menepati apa yang kami lakukan. Jika UEFA melaksanakannya dan saya memberi sokongan penuh kepada mereka. Saya percaya pengurusan kelab bola sepak seperti sebuah syarikat, yang memerlukan kewangan untuk terus beroperasi”

Namun, Wenger menegaskan bahawa untuk kekal berdaya saing tidak membatasi aspirasi peminat.

“Kami sudah bersaing selama 15 tahun dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sehingga kini dan saya percaya ia membkti model (pengurusan kewangan) berfungsi dengan baik,” kata pengurus Arsenal itu.

“Tetapi, kami sangat bercita-cita besar dan mahu memenangi kejuaraan. Tidak cukup sekadar beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan kami akan terus fokus. Kami akan berkerja kuat untuk menjadikan pasukan ini digeruni oleh lawan.” kata Wenger lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply